Saturday

Trip Ketiga Misi Kemanusiaan Save4Kuantan: SAMM Akan Berkampung di Sg Isap


Kenyataan Terbuka
7 Disember 2013

Trip Ketiga Misi Kemanusiaan Save4Kuantan: SAMM Akan Berkampung di Sg Isap

SAMM meneruskan usaha membantu mangsa banjir yang masih serba kekurangan di Kuantan. Antara barangan yang kritikal diperlukan ialah selimut, baju dalam dan lampin pakai buang, selain makanan dalam tin dan air mineral.

Trip ketiga Misi Kemanusiaan Save4Kuantan akan mula bertolak ke Kuantan bermula sekitar jam 10 malam. Kali ini, 2 pasukan dari 3 pusat pengumpulan akan menuju ke Kuantan. Pusat pengumpulan barangan mangsa banjir adalah seperti berikut;

Booth Pusat Pengumpulan Bantuan Save4Kuantan di N.Sembilan
Lokasi: Dataran Senawang (Berhadapan Maybank)
Masa: 11 pagi hingga 3 petang (hari ini)
Penyelaras: Sani Md Shah (012-9781707) dan Nizam Adzmi (012-6937908)

Booth Pusat Pengumpulan Bantuan Save4Kuantan di P.Pinang
Lokasi: Depan Queensbay Penang
Masa: 3 petang - 6 petang (hari ini)
Penyelaras: Isa Sanusi (0195522713) dan Faizal AB Rahman (013-4359600)

Pusat Pengumpulan Bantuan Save4Kuantan di Kuala Lumpur
Lokasi: Lot 7, Jalan 16, Kampung Cheras Baru
Masa: 6 petang - 10 malam
Penyelaras: Ilyana Rosli (019-2314161)

Untuk pengetahuan, bantuan kali ini juga akan cuba disampaikan terus ke mangsa banjir di daerah Kemaman. Namun difahamkan jalan masuk ke Kemaman telah tenggelam, dan pihak SAMM Kemaman akan menunggu pasukan Save4Kuantan di sekitar mukim Geliga untuk mengambil barangan bantuan sebelum disampaikan ke pusat mangsa banjir di Kemaman.

SAMM menyeru orang ramai yang berkemampuan ingin memberikan bantuan berbentuk barangan, sila hadir di pusat pengumpulan seperti tertera dalam kenyataan ini pada waktu yang telah ditetapkan. Pihak kami tidak boleh menunggu kerana bantuan akan terus dihantar mengikut jadual.

Dalam Misi Kemanusiaan kali ini, SAMM akan berkampung di Sg Isap dan akan bersama orang ramai untuk membersihkan kawasan yang sudah reda banjirnya. Justeru, pihak SAMM amat memerlukan 'pressure-pump' water jet untuk usaha pembersihan pasca-banjir. Sila hubungi kami segera bagi yang ingin menginfak atau meminjamkan alatan tersebut.

Misi kemanusiaan Save4Kuantan ini adalah usaha kelolaan SAMM dan sekutu dengan inisiatif dan sumbangan orang ramai. Kepada mereka yang ingin membuat sumbangan berbentuk kewangan, sila salurkan ke akaun (Maybank) Solidariti Anak Muda 5550 4111 3224 (sila sms makluman kepada 012-6937908).

Sekian,

Edy Noor Reduan
Pengarah Propaganda
Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM)


EmoticonEmoticon