Adnan Mansor Beri Bayangan Subsidi RON95 Akan Dimansuh

Kenyataan Media
24 Januari 2014

Adnan Mansor Beri Bayangan Subsidi RON95 Akan Dimansuh

Rakyat bakal sekali lagi menjadi mangsa penipuan kerajaan apabila menterinya Datuk Seri Adnan Mansor mengumumkan dasar harga baru RON95 akan berkuatkuasa pada Mei atau Jun tahun ini.

Dengan menggunakan alasan 'memastikan semua subsidi kerajaan dinikmati rakyat Malaysia yang layak', satu mekanisma akan diperkenal yang membolehkan hanya golongan susah mendapat subsidi petrol. Gesaan ini pasti menimbulkan kegelisahan kepada golongan pertengahan apabila pemansuhan subsidi RON95 menjadi agenda sebenar.

Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) menolak sebarang usaha kerajaan menaikkan harga petrol RON95 walau dengan apa pun alasan. Rakyat sudah cukup menderita dengan pelbagai kenaikan kos sara hidup yang melambung. Berita pemotongan subsidi ini sangat tidak membantu meredakan keresahan rakyat.

SAMM percaya Mekanisma bakal disusun akhirnya menjadikan rakyat Malaysia dipaksa tunduk kepada kerajaan. SAMM jangkakan rakyat akan diarah memohon kad subsidi dan hanya yang bergaji tertentu sahaja layak memiliki kad tersebut. Pada tahun 2011, Ismail Sabri ketika itu menjadi menteri bertanggungjawab pernah mencadangkan penggunaan mykad sebagai token pengantara untuk menikmati subsidi petrol. 

Apa pun mekanismanya, SAMM seru kerajaan melihat kembali bagaimana ketirisan besar berlaku dalam agihan subsidi kepada nelayan. Jika ketirisan subsidi diesel untuk nelayan tidak mampu dibendung, bagaimana pula agihan subsidi terhadap belas juta pemandu di Malaysia?

Rakyat seolah terpaksa mengemis di bumi sendiri untuk sesuap subsidi. Pengagihan subsidi ini juga akan menjadi sebuah lagi 'BR1M' yang memaksa rakyat akur terhadap pemerintah sampai bila-bila.

Cukup sudah duga-menduga perasaan rakyat, SAMM yakin kali ini rakyat akan bangkit secara luar biasa setelah pemerintah tidak henti-henti mempermainkan rakyatnya. Lebih ramai yang akan memilih jalanraya, dan mungkin Putrajaya.

Rakyat bersatu tidak dapat dikalahkan!

EDY NOOR REDUAN
Pengarah Propaganda
Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM)

3 Comments

  1. penarikan
    balik subsidi minyak sakitan poket.sakitkan perut.sakitkan otak.kerajaan x ada kesian ke nak jadikan kamini rakyat bahagia memanjang.tensen tengok bukan rakyat rebut subsidi tuh temasuk ralyat sendiri yg pbnjang akal.k lah untuk cantik 'subsidi tepat ke sasaran' cam penembak tepat..x rugi peluru keh keh.
    tapi penimbal2 cam jkm..zakat..dll semacam kenala turun
    padang sebagai pemudah hidup.tepat.tuk terlepas pandang pada apa yg memendam rasa wlu banyak bantuan diberi,cam b.org tua..duda/janda miskin fakir jas/harta.. Entah apa lagi tak terkira kot.tu bntuan brim..x1m kedai/kain/klinik..psr tani murah...ada lagi dak? pengawalan brg kawalan..yg kita mau tarak org tengah.jaringan pengedar..pengeluar hebat aah apa2 jah untuk sebuah kerajaan berjiwa 'rakyat dulu utamakan pencapaian'
    pembang kerja depa membangkang.teruskan ja janji terbaik.
    bn ok dibanding pr!

    ReplyDelete
  2. Korang org pr xphm2sskrg bn printh 5 thn diorg akn naik
    Smua harga haha ckp 4 thn bg plbagai imbuhn pastu mlayu bodo skg bn haha
    Ko

    ReplyDelete
  3. Dulu PM suruh rakyat Malaysia belajar tinggi sampai Ijazah,tp skg ni bila gaji Ijazah pun tak hebat seperti negara luar, harga rumah naik melambung, harga kereta tempatan dan import pun mahal, kereta penting utk kegunaan keluarga,kenapa kami di dalam golongan pertengahan yg membayar cukai perlu menanggung beban tanpa subsidi?cukupla lukakan hati kami, kami pun pengundi negara demokrasi

    ReplyDelete

Post a Comment

Previous Post Next Post

iklan