Thursday

Harga air kosong lebih mahal dari harga RON97


NAMPAKNYA peniaga semakin melampau mengaut keuntungan, sampai ke tahap ghairah mencari untung tak fikir rasional dan logik.

Sekeping gambar yang dikirim oleh sahabat pembaca menunjukkan harga mineral water botol kecil (500mL) dijual pada harga RM1.80 sebotol di salah sebuah restoran di Yong Peng, Johor.

Ini sudah melampau! Harga minyak RON97 pun baru RM2.80/Liter. Maknanya untuk 1 Liter air mineral, anda perlu bayar RM3.60 (2 botol mineral water saiz kecil — 500mL).

Dalam keadaan rakyat menghadapi pesta kenaikan harga barang, rakyat juga terpaksa berdepan dengan pesta peniaga jahat mengambil kesempatan.

Bagaimana pula harga mineral water botol kecil di tempat anda?


EmoticonEmoticon