Monday

Letak jawatan: Kenyataan media ringkas ADUN Kajang


SAYA mengucapkan jutaan terima kasih dan terhutang budi kepada semua pengundi di Kajang yang telah memberi peluang kepada saya menjadi wakil rakyat DUN N25 Kajang.

Saya terharu dengan kemurahan hati pengundi-pengundi di Kajang yang telah memberi kerjasama dan kepercayaan selama ini kepada saya.

Keputusan saya untuk mengosongkan kerusi DUN N25 Kajang adalah untuk kepentingan bersama dan mengukuhkan kebolehan Pakatan Rakyat berkhidmat untuk rakyat Selangor.

CC Lee
Kuala Lumpur
27 Januari 2014


EmoticonEmoticon