KEPUTUSAN Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk bertanding di DUN Kajang ekoran perletakan jawatan ADUN Lee Chin Cheh menerima kritikan daripada pelbagai pihak.
Segelintir penyokong Pakatan Rakyat sendiri turut membantah keputusan itu yang disifatkan sebagaisatu pembaziran.
Aku sendiri akui, keputusan itu dilihat membazirkan wang rakyat jika kita tidak faham apakahpertimbangan di sebalik keputusan itu.
Namun aku agak terkejut juga bila pihak Barisan Nasional turut menggunakan hujah membazir bagi mengkritik keputusan itu.
Baiklah jika benar Barisan Nasional betul-betul peduli tentang wang rakyat, benar-benar tidak mahu pembaziran berlaku, aku cadangkan mereka ambil langkah seperti yang pernah dibuat seperti sebelum ini di DUN Penanti.
Jika sebelum ini Perdana Menteri, Najib Razak pernah membuat keputusan untuk tidak meletakkan calon di DUN Penanti, kenapa tidak pada kali ini?
Jika sebelum ini keputusan BN untuk tidak meletakkan calon kerana menyifatkan kekosongan DUN Penanti sebagai kemelut dalaman PKR, jadi apa beza pada kali ini?
Pilihanraya Kecil DUN Kajang sangat bermakna buat KEADILAN, namun tidak ada 'significant' kepada BN. Maka eloklah BN tidak payah letak calon untuk selamatkan wang rakyat.
Dasar penipu, semua nak ikut pintu belakang, jadah betol jadi manusia.
ReplyDeleteAngah ej jadah betullah najib dah sorok sirul..kenapa? Takut rahsia bunuh altantoya terbongkar. Jahat babi lancau punya pm kangkung.
DeleteTakpo ..bukan duit rakyat jelata untuk PRK KAJANG .. DUIT TU ANWAR IBRAHIM PUNYA ..
ReplyDeleteAnwar jangan ikut perangai Najib, jet peribadi pun sampai 7 biji, masa Mahathir dulu jet saiz kecik je, itupun cuma sebiji
ReplyDeletePercayalah PRK Kajang dpt meredakn tekanan rakyat berkaitan isu brg naik...rakyat juga yg untung
ReplyDeleteLg byk P/raya kecil, lebih lambat lg tol naik..
ReplyDeletePost a Comment