Monday

Bagaimana Jika Ada Pihak Tawarkan RM1200 Untuk Botakkan Rosmah Mansor?


Kenyataan Media
10 Februari 2014

Bagaimana Jika Ada Pihak Tawarkan RM1200 Untuk Botakkan Rosmah Mansor?

Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) mengecam keras kenyataan 'kurang masak' Menteri Dalam Negeri Zahid Hamidi dalam isu tawaran tampar ke atas Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok.

Ketika banyak pihak menggesa tindakan sewajarnya terhadap kumpulan yang membuat tawaran melampau berbentuk ugutan itu, Zahid tanpa rasa bersalah mempertahankan kumpulan tersebut dan menganggap tawaran tampar itu bukan suatu ancaman keselamatan.

Apakah Zahid Hamidi buta undang-undang? Atau sebenarnya ada dua set undang-undang maka itulah jawapan terbaik seorang menteri?

Jika benar tawaran menampar itu bukan satu ancaman keselamatan, maka oleh kerana sikapnya yang sering membazir wang rakyat, bagaimana jika ada pihak yang menawarkan RM1200 kepada sesiapa yang berjaya membotakkan kepala Rosmah Mansor? SAMM percaya ini juga bukan satu ancaman keselamatan jika hukum mantik yang sama terpakai.

SAMM juga ingin memberi nasihat percuma kepada para menteri, janganlah perbodohkan rakyat kelak rakyat pula akan perbodohkan kamu dengan pelbagai gelagat termasuklah flashmob dan klip video lucu.

Sekian

Edy Noor Reduan
Pengarah Propaganda
Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM)

3 comments

Jika itu diiklankan; sudah pasti within minute pihak2 "tertentu" akan bertindak mengesan & mengambil tindakan....

banyak orang samada indvidu.kumpulan.majikan negeri malah negara tawarkan rm.atau lain2 ganjaran pada bla..bla...memjadi satu motivasi beb!
tapi hal diatas aq pun tak blur, tapi menteri kata x salah.lain melibatkan ancaman nyawa.nyawa ni satu yg wajib di jaga tanpa izin.
mungkin akan banyak tawaran2 kedepan sebagai niat meminta tolong.he he.

klu botakkan..eh tak yah orang daa..suaminya kan ada.kewajiban dia.pasal sibuk2 dan memang padan disabit.
serah pada allah pada benda2 taketahuan ni.yg berugama merasakan keadilan tuhan dan xlah mandatori segalanya.kita ni hamba.
kebenaran pada hamba oleh hamba semata2 tidak ump..rasa cam kosong ja.itu pasal kat mahkamah pun ada sumpah2 dlm keterangan uuduh menuduh memasing.wlu kdg2 ada yg nak menipu tuhan dan fikir 'tak hal lah'.
susah gak jadi hakim eh!

maaf ralat diatas.'cut,/paste' prob kot.


EmoticonEmoticon