Sunday

Herman Tino minta Najib dan Rosmah jangan turun Kajang


MENYIFATKAN Pilihanraya Kecil, PRK DUN Kajang sebagai 'perang kecil', penyanyi Dangdut dan Irama Asli terkenal tahun 80 an, Herman Tino minta Najib dan Rosmah supaya jangan turun ke Kajang. 

Sebaliknya beliau yang sebelum ini meluahkan hasrat untuk bertanding menentang Datuk Seri Anwar Ibrahim di DUN Kajang mahu Najib dan Rosmah menumpukan tugas menjaga Malaysia dan mengotakan janji.

Penyanyi yang terkenal dengan lagu 'Ojo kesandung'  atau nama sebenarnya Masrun Tamsi, 59 menulis di akaun twitter miliknya, @Herman4Kajang.

"‎Dato Najib dan Kak Rosmah jangan turun Kajang, biar kami saja bertempur dalam perang kecil ini, kamu jaga Malaysia kotakan janji" tulisnya.


‎Difahamkan, Herman turun menyebut pertandingannya nanti menentang Anwar Ibrahim di PRK DUN Kajang sebagai 'politik damai' lawan 'pesona palsu'. 

Siapa pun nak bertanding di Kajang untuk meraikan demokrasi kita alu-alukan. 

"Ojo kesandung yo Kang Herman!"‎


10 comments

Penyanyi sendu dah x laku...saja nak publisiti murahan...uweeekkk...

Hilang pertaruhanwang deposit la lu bro. Ukur baju badan sendiri la wak.

Mas Herman. Tanya mbak Noraini Ibnu dulu nanti Mbak marah seperti kayak kelmarin semasa pemilu di Tanjong Karang. mas.kurang pendokong. Lago ngapaen dong

Ingatkan makin tua mkn cerdik tp sebaliknya.

Sebagai seniman atau penyanyi wak adalah milik masyarakat dan bukan kaki pembodek.Dengan cara begini wak sudah mencampakkan diri wak untuk dibenci masyarakat.Rakyat Malaysia yang meminati dan membeli cd wak adalah dari mereka yang menyokong pakatan.Harapkan penyokong Umno, mereka nakkan cd percuma saja.Sebenarnya saat wak Herman bertanding di Tanjung Karang dulu lagi ramai dah peminat wak Herman dah tak minat wak.Pada PRK Kajang dengan kenyataan wak ini, sah dan tak ragu lagi hampir 3/4, wak kehilangan peminat dan jika wak buat rakaman pasti melambak-lambak cd tak laku.Ramai peminat sudah memandang sepi kepada wak.Termasuk saya tidak akan mahu mendengar lagu lagu wak lagi dan membeli jauh sekali.Sorry wak ya.Kena berterus terang nanti wak tak sedar dan tak faham kedudukan wak.

Power wak ni leg sound Najib dan Rosmah. Tubelum jdi PM jgn law an Ibrahim Ali tu dia pun no jdi PM (Pakar Melompat)

wak terpeleot dahhh... silaplah wak. org kajang lebih tahu dan bermaklumat dr wak. bungkus je wak....tempe!

Herman tino ni goreng dgn tempel lg sefap

Dekat kajang ada orang jawa juga, ada potensi untok tarik pengundi jawa...hehe

jowoponorogoL


EmoticonEmoticon