Friday

Ketua Menteri Melaka beli no plat MCM11, RM20,900?


SEKEPING gambar hasil bidaan nombor pendaftaran kenderaan yang dikatakan dikeluarkan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan, JPJ Melaka kepada Ketua Menteri Melaka, Datuk Idris Haron tersebar di internet terutama di laman sosial Facebook dan twitter.

Resit menunjukkan Idris dikatakan telah membayar RM20,900 kepada JPJ untuk membeli nombor pendaftaran MCM11 untuk kegunaannya.

Warga internet mempersoalkan perbelanjaan mewah tersebut di kala Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menyeru rakyat supaya berjimat cermat dan mengamalkan perbelanjaan berhemah.‎

Resit itu juga menunjukkan pembayaran sebanyak RM16,610 untuk pembelian nombor pendaftaran MCM10 oleh isteri beliau, Datin Seri Fadilah Abdullah.

Ramai berpendapat, MCM mengambil singkatan ejaan "Malacca Chief Minister" (Ketua Menteri Melaka).‎ Namun sehingga kini belum ada sebarang penjelasan dari Idris Haron.


EmoticonEmoticon