Penutup lubang meja snooker dibuat daripada kulit babi

‎SALAH seorang sahabat pembaca MiLo SuaM mengirimkan sekeping foto yang diambil di sebuah meja snooker sekitar Danau Kota.

Di bahagian lubang meja snooker tersebut ada sejenis gentian kulit menutupinya. Apabila diperiksa, ciri‎-ciri kulit tersebut serupa dengan kulit babi.

Buat pengetahuan anda bagi mereka yang tak tahu (boleh cuba Google), ciri-ciri kulit babi ialah pada permukaan kulitnya mempunyai bintik-bintik membentuk segitiga‎.

Tidak dapat dipastikan sama ada semua meja snooker menggunakan gentian kulit babi seperti ini ataupun tidak.

Kepada kaki snooker, sila periksa penutup lubang meja snooker tempat anda selalu bermain, adakah dibuat daripada kulit babi?

Post a Comment

Previous Post Next Post

iklan