Tuesday

#PRKKajang — Herman Tino bayangkan hasrat tanding lawan Anwar Ibrahim


PENYANYI Dangdut dan Melayu Asli terkenal, Herman Tino atau nama sebenarnya Masrum Tamsi, membayangkan hasrat untuk bertanding menentang Anwar Ibrahim di PRK Kajang. 

Melalui akaun twitter @Herman4Kajang beliau menulis: 

"Aku tak lawan PKR, tapi aku lawan Anwar Ibrahim" 

Beliau turut memohon agar Barisan Nasional tidak meletakkan calon, sebaliknya menggantikan dirinya untuk menentang Anwar Ibrahim di Kajang.


Herman Tino yang merupakan anak jati Selangor berbangsa Jawa itu sebelum ini pernah bertanding sebagai calon bebas di Parlimen Tanjung Karang, Selangor dalam Pilihanraya Umum ke 13. 


"Ojo kesandung ya Kang Herman... "

5 comments

Buat Herman Tino, anda bebas utk bertanding dan menyuburkan demokrasi di Msia cuma sedikit pesanan, biarlah ianya punyai erti dn makna. Dunia politik tak sama dgn pentas hiburan..apapun anda bebas buat kputusan sendiri..moga bjaya

Kalau herman tino bertanding saya sokong herman...

Ojo kesandong kang Herman , mengko tibo.

"Anwar have created enough trouble to the country"

Kalau masih harap kawan2 tolong bayar deposit jd calon, rasa2nya tak pyhlah sibuk2 nak jaga pddk kajang..


EmoticonEmoticon