Thursday

Royalti: Surat Terbuka Kepada Kerajaan Negeri Kelantan


Aktivis: Kelantan tak minat lagi isu royalti?

Sikap terkini kerajaan Kelantan bawah pentadbiran baru Datuk Ahmad Yaakob terhadap perjuangan menuntut royalti minyak mula dipersoal aktivis negeri.

Ini ekoran timbulnya khabar angin bahawa Jawatankuasa Tuntutan Royalti Kelantan tidak berminat lagi meneruskan saman berhubung tuntutan bayaran itu di mahkamah.

Perkara itu dinyatakan dalam surat terbuka seorang penggerak Gabungan Profesional Tuntut Royalti, Pendaratan Petrolium ke Negeri Kelantan (ROYALTI), NGO paling terkedepan dengan tuntutan itu.

Mohd Fauzi Azmi hari ini membangkitkan beberapa perkara, antaranya, hampir setahun setengah, Kelantan masih belum mengemukakan rayuan terhadap prosiding tuntutan itu.

“Adakah kerajaan negeri Kelantan akan meneruskan prosiding saman tuntutan royalti negeri Kelantan terhadap Petronas atau ia masih dalam perbincangan?” soalnya.

Beliau malah menuntut kerajaan negeri menafikan perkara itu secara rasmi jika ia tidak benar.

“Kami tidak teragak-agak untuk menggembleng tenaga menggerakkan sebuah himpunan rakyat secara besar-besaran di negeri kelantan sekiranya pihak kerajaan negeri Kelantan mengambil sikap 'berdiam diri' atau memberi jawapan yang 'tidak memuaskan hati' rakyat negeri Kelantan,” katanya.

Sementara itu, dalam perkembangan berkaitan, Fauzi juga berkata, pihaknya mendapat maklumat bahawa pengeluaran terbaru petroleum bermula secara rasmi pada 31 Januari lalu di Medan Damar, Block PM-303.

Menurut Fauzi, jaraknya hanya 109 kilometer dari Kota Bharu, Kelantan.

“Adakah pihak kerajaan negeri Kelantan mempunyai maklumat-maklumat seperti yang didedahkan di atas, yang kami fikir sangat-sangat berguna dan wajib dimasukkan sekali didalam tuntutan tersebut? - mkini


Royalti - Surat Terbuka Kepada Kerajaan Negeri Kelantan 

Assalamu’alaikum warahmatullahiwabarakatuh,

Hari ini kami ingin mendedahkan beberapa perkara dan juga melahirkan kekecewaan kami diatas kelemahan Pimpinan Kerajaan Negeri Kelantan didalam usaha Menuntut Hak Royalti hasil Petrolium Negeri Kelantan yang telah dinafikan oleh PETRONAS melalui Kerajaan Persekutuan.

Beberapa minggu lepas, kami telah mendedahkan didalam Facebook Pages ROYALTI berkenaan Pengeluaran terbaru Petrolium di Perairan Negeri Kelantan yang telah bermula secara rasmi pada 31hb. Januari, 2014 di Medan Damar dalam Block PM-303 yang jaraknya hanya 109 kilometer dari Kota Bharu, Kelantan.

Kami tidak pasti apakah Kerajaan Negeri Kelantan melalui Jawatankuasa Tuntutan Royalti Kelantan yang di Pengerusikan oleh YAB Menteri Besar Kelantan; Dato’ Ahmad Yakob mempunyai maklumat tentang ini ataupun tidak.

Sekiranya tiada, elok kami ambil kesempatan ini untuk berkongsi maklumat berkenaan.

Pembangunan dalam Medan Damar pada masa ini diusahakan bersama (Joint Venture) oleh ExxonMobil Exploration and Production Berhad dengan PETRONAS Carigali Sdn Bhd.

Bermula pada 31hb. Januari, 2014 Medan Damar, pada kedalaman 52-56 meter melalui Pelantar Damar-A telah mula membuat pengeluaran Gas dan juga Kondensat dan apabila sampai tempoh matang (dijangka pada tahun 2016), pengeluaran akan mencapai tahap Maksima dan dijangka mencecah antara 190 sehingga 200 Mscfd (Million standard cubic feet per day) bagi Gas manakala bagi pengeluaran Kondensat pula dijangka mencecah ke tahap maksima sebanyak 170 Kbpd (Kilo barrels per day).

Perlu diketahui juga bahawa dibawah Medan Damar, terdapat sejumlah 16 buah Telaga yang akan mengeluarkan hasil Petrolium secara berperingkat mengikut jadual.

Kesemua hasil Gas dari telaga tersebut akan dinaikkan ke Pelantar Damar-A kemudian disalurkan melalui Pipeline sepanjang 22 kolimeter ke Pelantar Lawit-A untuk kerja-kerja Pemprosesan sebelum dihantar ke Kerteh manakala hasil Kondensat pula akan dihantar ke Pelantar Jerneh-A selepas diproses.

Dianggarkan bahawa Medan Damar menyimpan sebanyak 801 GCF (Giga Cubic Feet) Petrolium (Gas dan Kondensat) dan simpanan Petrolium tersebut akan habis pada tahun 2027.

Itu adalah serba sedikit maklumat yang agak lengkap berkenaan pengeluaran di Medan Damar.

Disini juga kami inginkan mempersoalkan pihak Kerajaan Negeri Kelantan melalui Jawatankuasa Tuntutan Royalti Kelantan berkenaan beberapa perkara.

Kali terakhir Kes Tuntutan Royalti Petrolium Negeri Kelantan dibicarakan di Mahkamah ialah pada 3hb. Oktober, 2012. Dalam Perbicaraan tersebut, Mahkamah telah memutuskan untuk membenarkan Kerajaan Negeri Kelantan membuat Rayuan di Mahkamah Tinggi Rayuan bagi meneruskan Prosiding Saman Tuntutan Royalti Petrolium Negeri Kelantan terhadap PETRONAS.

1: Selepas 1 tahun, 4 bulan, apakah Status Tuntutan tersebut..?

2: Adakah Kerajaan Negeri Kelantan akan meneruskan Prosiding Saman Tuntutan Royalti Negeri Kelantan terhadap PETRONAS atau ianya "Masih Dalam Perbincangan"..?

3: Apakah Status terkini & langkah-langkah seterusnya yang akan diambil oleh Jawatankuasa Tuntutan Royalti Petrolium Negeri Kelantan berkenaan Tuntutan tersebut..?

4: Berapa lama lagi masa yang perlu diambil oleh Pihak yang berkenaan untuk meneruskan Tuntutan Hak Rakyat Negeri Kelantan..?

5: Adakah pihak Kerajaan Negeri Kelantan mempunyai maklumat-maklumat seperti yang didedahkan diatas yang kami fikir sangat-sangat berguna dan WAJIB dimasukkan sekali didalam Tuntutan tersebut..?

Kami juga ada mendengar “Khabar Angin” (kami percaya ianya tidak benar) yang mengatakan bahawa “kemungkinan” Kerajaan Negeri Kelantan melalui Jawatankuasa Tuntutan Royalti Kelantan tidak berminat untuk meneruskan Saman Tuntutan tersebut dan berhasrat untuk MENARIK BALIK Saman Tuntutan Royalti Kelantan di Mahkamah.

Sekiranya “Khabar Angin” ini TIDAK BENAR, mohon pihak Kerajaan Negeri Kelantan membuat Penafian SECARA RASMI disamping menjawab 5 persoalan yang telah kami kemukakan diatas.

Perlu juga diingatkan bahawa faktor kemenangan Pakatan Rakyat terutamanya Parti Islam Se-Malaysia (walaupun kehilangan beberapa kerusi DUN) di Negeri Kelantan pada Pilihanraya Umum ke-13 adalah berpunca dari Semangat dan Iltizam Majoriti Rakyat Negeri Kelantan terutamanya Anak Kelantan di Perantauan (Pengundi Luar) yang teruja melihat kesungguhan Kerajaan Negeri Kelantan pimpinan PAS yang Komited dalam usaha Tuntutan Hak Royalti Negeri Kelantan yang sekian lama dinafikan oleh PETRONAS melalui Kerajaan Pusat.

Mohon dinyatakan PENDIRIAN RASMI Kerajaan Negeri Kelantan berkenaan isu yang dibangkitkan dan mohon juga diberi penjelasan kepada kami para penyokong Pakatan Rakyat terutama Parti Islam Se-Malaysia di Negeri Kelantan dan juga Majoriti Rakyat Negeri Kelantan supaya kami tidak lagi berada dalam keadaan “tertanya-tanya” dan “tertunggu-tunggu”.

Kami tidak teragak-agak untuk menggembleng tenaga menggerakkan 1 HIMPUNAN RAKYAT SECARA BESAR-BESARAN di Negeri Kelantan sekiranya pihak Kerajaan Negeri Kelantan mengambil sikap “BERDIAM DIRI” atau memberi jawapan yang “TIDAK MEMUASKAN HATI” Rakyat Negeri Kelantan.

Sekian, Wassalam

Mohd.Fauzi Mohd.Azmi @ Topeng Perak Unmasked

10 comments

Apakah yang cuba di sampai kan apabila disebut faktor kemenangan pakatan rakyat terutamanya parti islam semalaysia walaupun kehilangan beberapa kerusi dun di kelantan pada pru13???..

Maknanya majaroti rakyat kelantan dah menolak PAS.. Hanya undi utama anak kelantan diperantauan yang memenangkan pas..

Apa yg pnting ? ...menang la

Cuba korang siasat yg mana layak dapat royalti, minyak mentah atau gas.

Minyak dan gas tak layak dapat royalti cuma boleh dapat subsidi je. Kih.kih.kih.kih..

Suroh nik aziz gembor gemborkan tanah dicelah pokok tembakau itu, mana tahu ada keluar minyak dekat situ, baru boleh cerita pasal royalti, minyak yang dijumpai yang ada hari ini diluar perairan kelantan, tak timbul soal royalti, itu la pasal orang pas suroh sekolah tak mahu, main dam dekat kedai aje dari pagi, royalti dan subsidi pon tak faham ...

Hahahaha serious hujah kau kelakar...

Dah lah tak tepat.
Melalut lebih

Meh aku cerita sikit duit royalti Terengganu yang skg nama dah tukar pada wang ehsan.

Duit hak negeri Terengganu ni.
Akan diberikan pada rakyat Terengganu.

Tak banyak pun lebih kurang 500 setahun. Tapi kan apa jadi ialah. Mana parlimen yang BN menang aja dapat yang dia kalah walaupun dun dia menang beberapa tapi parlimen tu dia kalah. Dia tak bagi duit tu.

So kat sini duit tu hak bn ke hak negeri?
Hak rakyat ke hak umno?
Jangan buat macam harta sendiri.
Amanah Allah itu semua.

Udah2 lah tu nak bela umno...

Isu royalti ni ku li pun cakap hak Kelantan kene diberi...

KUALA LUMPUR, July 26 – Former Petronas chairman Tengku Razaleigh Hamzah has rubbished reasons given by the federal government over its dismissal of the Kelantan state government’s claim on oil royalties and says that the national oil company is obligated by law to pay up.

The Kelantan state government has claimed that is is owed RM1 billion in royalties from oil that has been extracted in an offshore area bordering Thailand.

In response, Information Communication and Culture Minister, Datuk Seri Rais Yatim had said that the Kelantan demand for oil royalty had no legal basis and was made to earn political mileage.

According to Tengku Razaleigh however, the vesting deed agreement, which he signed on behalf of Petronas as founding chairman and CEO, entitles the state to five per cent of any revenue derived from hydrocarbon deposits found on or offshore of the state.

“If I am chairman still of Petronas, I will pay without all the fuss,” he told The Malaysian Insider in an interview earlier this week. “And I feel all the more it should be paid because I signed the agreement! There is no two ways about it. It must be paid.”

The former finance minister declined to comment on whether political considerations played a part in the decision not to pay Kelantan oil royalties but noted that Terengganu oil royalty payments were suspended when it was under the opposition but was reinstated when it returned to Barisan Nasional rule last year.

“I don’t know what kind of politics they are playing,” he said.

He also agreed with the view that the government is currently overdependent on Petronas oil revenue and that it needs to scale down expenditure. (read here)

Berikut adalah senarai semasa platform di perairan ‘offshore’ Kelantan,
◾Bulan Alpha / Jenis unmanned platform / Kontraktor Carigali Hess / Kedudukan Utara 07 13.07 Timur 103 02.24.
◾Cakrawala / Jenis fix platform / Kontraktor carigali Hess / Kedudukan Utara 07 10.00 Timur 103 05.50.
◾Puteri Cakrawala / Jenis Fuel Storage Offshore (FSO) / Kontraktor Carigali Hess / Kedudukan Utara 07 09.10 Timur 103 06.50.
◾Suriya Alpha / Jenis unmanned platform / Kontraktor Carigali Hess / Kedudukan Utara 07 06.38 Timur 103 11.11.
◾Bumi Alpha / Jenis unmanned platform / Kontraktor Carigali Hess / Kedudukan Utara 07 08.57 Timur 103 14.55.
◾Bunga Orkid A / Jenis fixed platform / Kontraktor Talisman / Kedudukan Utara 07 12.20 Timur 103 48.36.
◾FSO Orkid / Jenis Fuel Storage Offshore / Kontraktor Talisman / Kedudukan Utara 07 12.93 Timur 102 52.54.
◾Roger W. Mowell / Jenis jack up platform / Kontraktor Talisman / Kedudukan Utara 07 13.30 Timur 103 49.08.
◾Harvey H. Ward / Jenis jack up platform / Kontraktor Talisman / Kedudukan Utara 07 03.56 Timur 104 07.20.
◾Bunga Raya Alpha / Jenis fixed platform / Kontraktor Talisman / Kedudukan Utara 06 58.60 Timur 104 10.70.
◾FSO PM3 – CAA / Jenis Fuel Storage Offshore / Kontraktor Talisman / Kedudukan Utara 06 56.10 Timur 104 09.30.

Sumber
http://kickdefella.net/2009/07/26/ku-li-petronas-must-pay-kelantan-oil-royalties/

So dari mana datang royalti lah subsidi lah berbagai ni bro...
Udah2 lah backup umno...
Awak tu tak pandai jadi duduk diam2 aja

Kalau tak faham tulisan atas tu sila mintak kawan2 yg pandai baca tau.

Nik aziz dah kenyang perut 10 keturunan. Rakyat klatan sja yang bodoh. Kerja malas, semua krajaan buat salah tapi dia lupa semua rakyat kelantan disuap oleh kerajaan BN dari dulu hingga skrg. Krajaan PAS hanya bagi fitnah sja pada rakyatnya

Betul tu.. yg rajin sapu duit kerajaan tu yg pandai..


EmoticonEmoticon