Monday

SAMM Pahang Gesa Pasukan JDT Digantung Jika Fiasco Kekecohan Berterusan


Kenyataan Terbuka
9 Februari 2014

SAMM Pahang Gesa Pasukan JDT Digantung Jika Fiasco Kekecohan Berterusan

Perlawanan bolasepak antara pasukan Pahang dan Johor di Stadium Darul Makmur pada Jumaat lalu menjadi kecoh selepas beberapa penyokong melakukan provokasi. Kekecohan ini tidak wajar berlaku dan seharusnya boleh dielakkan. Perkara ini terjadi disebabkan campur tangan orang tertentu berpangkat VVIP, sepertimana yang berlaku dalam perlawanan T-Team menentang pasukan Johor (JDT).

FAM sendiri tidak berani atau bacul untuk mengenakan tindakan tatatertib kepada petualang yang mampu merosakkan semangat sukan bolasepak tanahair. SAMM Pahang kesal dengan apa yang terjadi dan menyelar tindakan FAM yang hanya menutup sebelah mata. Malah suatu ketika, ada pasukan yang tergamak membawa masuk senjata api rifal automatik ke dalam stadium - apakah tindakan FAM?

Maka SAMM Pahang menggesa agar mana-mana pasukan yang mengundang campur tangan golongan VVIP ini digantung dari meneruskan penyertaan dalam liga Malaysia sekiranya sikap seperti ini gagal dibendung pada masa hadapan. SAMM Pahang merujuk pasukan JDT sebagai contohnya.

SAMM Pahang juga berharap agar tidak ada lagi berlaku kekecohan di stadium. Tidak salah memberikan sokongan padu, namun jika pemimpin pasukan tidak mampu tunjuk contoh yang baik, maka para penyokongnya akan bertindak lebih luar kawalan. SAMM Pahang menyeru kepada semua penyokong-penyokong bolasepak agar tidak taksub, janganlah sokong hingga membawa rebah.

Cintailah sukan bolasepak tanahair, kerana ini sukan kegemaran kita dan jadikanlah ia terbaik.

Sekian

Amirul Syazwan
Penyelaras SAMM Pahang

3 comments

Bawa senjata kestadium perlu ....nanti penyokong buat kacau tembak saja....bolasepaksepatutnya menyatukan rakyat tetapi yang terjadi disebaliknya disebabkan kuasa danduit.
p

Lu lupa kerana ada JDT la sambutan liga bertambah meriah.tak gitu!Dah brp tahun stadium kosong tak de penonton.

Jgn nak salahkan sebelah pihak jer.Penyokong JDT yg g phg tak ramai mana pun,tu pun kena mcm provokasi.bkn tu jer,siap kena baling batu n air kencing.cukup2 lah nak salahkn JDT.ni msti kes org phg takleh nak terima satu malaysia tak suka presiden fam skrg ni.sbb tu alih citer salahkan JDT jer.


EmoticonEmoticon