PENJAWAT AWAM JANGAN GENTAR TERUS BOCORKAN MAKLUMAT SALAH LAKU

Kenyataan Media
14 April 2014

PENJAWAT AWAM JANGAN GENTAR TERUS BOCORKAN MAKLUMAT SALAH LAKU

Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) mengecam ugutan yang dikeluarkan oleh Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Dr Ali Hamsa semalam yang menegaskan kerajaan tidak akan berkompromi dengan mana-mana penjawat awam yang membocorkan rahsia kerajaan. 

Memang benar penjawat awam perlu menjaga etika kerahsiaan demi kepentingan negara, malangnya pemimpin regim pemerintah kini sedang menggunakan etika kerahsiaan itu demi melindungi kegiatan salah laku yang lebih merugikan negara dan rakyat terbanyak.

Ali Hamsa mengugut penjawat awam sebagai respon ketika diminta mengulas Pengerusi Biro Antarabangsa, Institut Kerjasama Islam Antarabangsa Malaysia (IKIAM), Fakhrul Azman Abu Bakar supaya mengenal pasti dalang yang membocorkan dokumen berhubung jadual lawatan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin ke Emiriah Arab Bersatu (UAE) bermula 8 April lepas.

Jadual itu terbukti jadual yang sedang disiapkan untuk lawatan TPM dan ia penuh dengan acara membazir seperti bermain golf dan sebagainya. Maka selepas jadual itu terdedah awal maka ia ditukar. Bukankah yang membocorkan jadual itu telah menyelamatkan wang rakyat ? dan yakinlah jika jadual itu tidak dibocorkan pembaziran akan berlaku.

SAMM dengan ini menyeru semua penjawat awam agar jangan takut untuk terus menjalankan tanggungjawab dengan jujur dan ikhlas disamping terus menjadi telinga dan mata kepada rakyat demi kepentingan negara. Kamu bukan pengkhianat, jika nampak benda salah lalu kamu bocorkan, maka kamu wira rakyat dan negara. Memang ada risiko kerana kamu bekerja dalam regim seperti sekarang ini.

Kepada penerima maklumat pastikan kamu juga punya tanggungjawab bagi merahsiakan dan melindungi pemberi maklumat. SAMM sendiri punya pengalaman membuat banyak pendedahan seperti cincin RM24.4 juta, bukan sikit ugutan dan tawaran untuk mendapatkan siapa pembocor maklumat dalam agensi kerajaan termasuk dalam pejabat Perdana Menteri sendiri sebaliknya SAMM terus memegang janji melindungi pemberi maklumat.

Sekian.

che'GuBard
Pengasas
Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM)

14 Comments

  1. Pegawai awam je ke suruh bocor maklumat?.Ahli pas , pkr dan dap tak nak suruh ke?.
    Kalau bocor maklumat , sah kena pecat dari menjadi ahli tanpa peluang bela diri.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak kira siapa yg mengkhianati wang rakyat..perlu diambil tindakan

      Delete
  2. Kalau penjawat awam salah laku seks dan liwat nak bocorkan rahsia ke ? macam aljuburi tu...hehe

    ReplyDelete
  3. Mesti, zina , liwat, minum arak dsb. Tangkap ja. Sebat ikut hukum hudud. X pakai tudung botak je kepala. Mcm 21:06 ni tak mau hudud pancung ja kepala.

    ReplyDelete
  4. Walaupon saya ahli umno saya menyokong sepenohnya perlaksanaan hukum hudud yang akan dilaksanakan dikelantan, kalau umno tak buat hudud itu bab lain, tetapi jangan kasi kondem hukom hudud...

    ReplyDelete
  5. Walaupon saya ahli umno saya menyokong sepenohnya perlaksanaan hukum hudud yang akan dilaksanakan dikelantan, kalau umno tak buat hudud itu bab lain, tetapi jangan kasi kondem hukom hudud...

    ReplyDelete
  6. x yah le blagak baik.da nma rahsia kne la ikut jika mbabitkan keselamatan lbh lbh lgi pm n tpm.kt mne mne ngara pun same.kau ni bckp mcm orng x gune otak.klau kau pun gi kje outstation mse x kje compny x leh x ckp ape.klau kau da ckp mcmtu kau je la tjuk bukti yg kau bria ia sgt srh orng lain.bkn myokong sape tpi jgn le asyik myalah orng lain.adil skit.awat kau x myalak anwer ke guan eng ke atau orng lain kluar ngeri sape lak yg sponcer klau x guna duit krajaan ngeri msing.smue atas urusan rasmi.tpi yg pelik anwer je ksne kmari smpi luar ngeri buruk kan ngara mne dia dpt hasil?puak puak jndul pr sile le jwab@jebon

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lu ni bodoh la..klau bende salah buat apa nak sorok.. lagipun bukan harta makbapak lu punya..jd jgn suka2 nak enjoy ok

      Delete
    2. 2030 ape pnye bangang bin bingai kau ni.ape yg kau mrapu.ape kne mgene mkbapak aku.nk politik gentle aa bangsat.klau bebal sgt gi skolah bljar.patutle idola kau sinwar buat maksiat smpi satu dunia tgk.ye x jndul kldai psal bende tu slah buat ape nk sorok...klau kau tlalu bingai jgn komen lgi baik sbb buat semak so mkbapak jgn babitkan..@,jebon

      Delete
    3. Patut makbapak lu sekolahkn lu dulu

      Delete
    4. 22:55 sah bingai oh bingai.ditmbah lgi bebal n tramat lmbb.x ape x ada duit tgu duit brim nnty gi skolah ekkk kesian tgklu bebal@jebon

      Delete
    5. 22:55 anwer buat mksiat ape komen lu plk.jwab ye bngang@jebon

      Delete
    6. Apalah bahalol2 merepek kat sini.apa2 salah laku pemimpin tak salah dibocorkan utk kepentingan negara dan rakyat tp jangan buat fitnah mcm pencacai2 umno.buat videolah,cctvlah dan mcm2 utk perdaya org dan hanya sibahalol dan berotak tahi saja yg percaya fitnah2 ni...bila sistem pentadbiran dah rosak, mcm2 fitnah boleh direkacipta dgn kerjasama2 anjingsi ajensinya.cuba teliti setiap dgn otak dan bukan dgn kepala hotak..faham.

      Delete
    7. 12:35 lu lgji bebal bengap n bingai sbb blh pecaya sinuer yg hnya bcakap je bukti lnsung x ada.aaa lu pikirlah sdiri@jebon

      Delete

Post a Comment

Previous Post Next Post

iklan