Henti Segera Projek MRT Sehingga Penilaian Prosedur Keselamatan Yang Lebih Ketat Dijalankan

Kenyataan Umum
19 Ogos 2014

Henti Segera Projek MRT Sehingga Penilaian Prosedur Keselamatan Yang Lebih Ketat Dijalankan

Projek MRT sekali lagi dilanda kemalangan hingga mengakibatkan 3 pekerja terperangkap di bawah timbunan konkrit di Kota Damansara. Ini merupakan kejadian kemalangan yang kedua di tapak pembinaan MRT setelah kemalangan pertama pada bulan Jun lepas selain daripada runtuhan tanah di kawasan sekitar tapak pembinaan MRT di Jalan Imbi.

Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) Wilayah Persekutuan melihat insiden-insiden kemalangan ini berpunca daripada sikap tergesa-gesa Kerajaan Persekutuan dalam memulakan dan untuk menyiapkan kerja-kerja pembinaan projek ini.

Malah, Kerajaan Persekutuan nampaknya tidak mengambil iktibar kemalangan yang berlaku pada bulan Jun yang lepas dengan membiarkan kontraktor utama GAMUDA-MMC mengambil tindakan yang agak lembut apabila sekadar memberhentikan sub-kontraktor yang terlibat sahaja.

SAMM Wilayah Persekutuan dengan ini mendesak Kerajaan Persekutuan untuk segera menghentikan kerja-kerja pembinaan projek ini dan memberi laluan kepada pasukan pakar-pakar prosedur keselamatan dan alam sekitar untuk menilai semula semua aspek keselamatan sama ada di permukaan dan juga di bawah tanah di sepanjang laluan projek ini. Ini adalah langkah yang penting dan utama untuk memastikan projek ini tidak akan mengalami sebarang kemalangan lagi yang mana mungkin akan mengakibatkan kehilangan nyawa pekerja dan orang ramai dengan lebih banyak lagi.

Adalah amat dikesali apabila Kerajaan Persekutuan terus berlembut dengan konglomerat GAMUDA-MMC walapun telah beberapa kali insiden-insiden malang berlaku di kawasan pembinaan MRT. Adakah hal ini kerana kontraktor utama projek ini mempunyai pertalian rapat dengan Putrajaya hingga segala kelemahan dan insiden ini hanya dipandang sebelah mata oleh Putrajaya.

Kegagalan dan siri kemalangan ini juga menunjukkan Menteri Kerja Raya sekarang ini begitu lemah dalam memastikan keselamatan projek-projek prasarana yang sedang dibina di ibu kota ketika ini.

Justeru, SAMM Wilayah Persekutuan menyeru Perdana Menteri untuk menggantikan Menteri Kerja Raya dengan seorang individu yang mempunyai ketegasan dan kemampuan dalam memastikan projek-projek prasarana yang sedang dibina tidak menjadi mesin mencabut nyawa pekerja dan orang ramai.

Azmir Hj. Mustafa
Penyelaras
Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM)
Wilayah Persekutuan

4 Comments

  1. Bila projek melibatkan negeri2 kera jaan fuckatan musibah....samm senyap nak mampos...
    Sedangkan sub2 kontraktor/kontraktor dipilih melalui pengesahan mrk sendiri...

    ReplyDelete
  2. mende yg runtoh?aku tk tau cite pn.

    ReplyDelete
  3. Ambil lah sikap saperti CEO MRT yang bertanggongjawab meletak jawatan atas tsnggongjawab nya.

    ReplyDelete
  4. Itik ko nk stop projek mrt..to kecuaian pekerja sendiri. Xkn xtau pekerja bangla keje macam mana. Sebelum mula start keje pagi dah ade safety briefing. OSHA yang kendalikan. OSHA akan check mana2 sub con dan main contractor yang pekerjanya tidak mempunyai PPE, CIDB, permit kerja ape sume akan kena tindakan dan tidak boleh menjalankan kerja. Aku nk crite panjang xgune. Bukan ko tau pon keje tunnel. Ko try masuk keje tunnel dlu mcm mana. Baru la ko tau. Jangan asyik nak salahkn kerajaan ke ape je. Bengong.

    ReplyDelete

Post a Comment

Previous Post Next Post

iklan