PKR jadi calon, PAS yang penat buat kerja kata Pesuruhjaya PAS Terengganu

PESURUHJAYA PAS Terengganu, Saiful Bahri Mamat yang sering menlontarkan kritikan² keras kepada sekutunya Parti Keadilan Rakyat, KEADILAN meneruskan lagi serangannya apabila muncul di muka depan akhbar Sinar Harian‎ edisi Terengganu.‎

Kali ini Saiful Bahri dilaporkan mendakwa KEADILAN hanya tahu jadi calon sebaliknya PAS yang penat buat kerja. Beliau juga meminta KEADILAN memuhasabah diri dan jangan jadikan PAS sebagai 'kambing hitam'.


Serangan ini dilihat akan menghangatkan perbincangan untuk memilih calon kerusi DUN Pengkalan Kubor antara PAS dan KEADILAN selepas kerusi DUN itu diistiharkan kosong susulan kematian ADUN BN kawasan tersebut baru² ‎ini.

Sebelum ini Ketua Dewan Muslimat PAS, ‎Siti Zailah Mohd Yusof dilaporkan meminta KEADILAN memulangkan kembali kerusi DUN Pengkalan Kubor kepada PAS sambil menyifatkan kekalahan calon KEADILAN di kerusi itu sebelum ini menunjukkan pengundi kawasan tersebut mahukan 'selera baru'.

PAS dilihat yakin boleh menang jika calon daripada parti itu diletakkan untuk bertanding di kerusi tersebut kerana itulah Ketua Dewan Muslimat PAS menyebut 'faktor boleh menang' perlu dipertimbangkan oleh pimpinan atasan.

Pendapat peribadi aku, elok KEADILAN serahkan saja kerusi DUN Pengkalan Kubor kepada PAS kerana mereka nampak begitu yakin untuk menang, atau dalam kata lain mereka seperti 'ada cara' untuk menawan kerusi tersebut.

Aku tak nampak calon KEADILAN boleh menang di kerusi tersebut‎, ia adalah kubu kuat Umno. Apa guna bertanding jika kita tahu akan kalah?

Elok PAS diberikan kepercayaan bertanding mewakili Pakatan Rakyat kerana mereka nampak berkobar-kobar dan sangat yakin untuk menang di kerusi tersebut, lagi pun ini mungkin boleh mengendurkan sedikit ketegangan berhubung isu Menteri Besar Selangor. 

‎"Pakatan Rakyat raikan perbezaan pendapat"

14 Comments

  1. Pas letak calun...kemudoan suruh umno undi pas..ha4

    ReplyDelete
  2. geng UG ganu semua mcm tu
    geng nilah yg akan menghancurkan PAS
    nak bersama ngan Umporno konon
    masuk Umporno aje la
    senang cerita..
    ajak nik abduh sekali
    tui...

    ReplyDelete
  3. Ada dah yg terlepas dr bawah tempurung.....
    hallo pas!!! Bagus ar dah mula celik. Tapi mcm biasa.....sat jer lagi U turn.

    ReplyDelete
  4. Lantak la nak u turn ke masuk gaung ke.
    keje nak menipu rakyat memang tak berkat idup.

    ReplyDelete
  5. Payah juga nak lillahi taala

    ReplyDelete
  6. Saiful Bahri, muhasabahlah, kalau betul ikhlas kerana Allah takkan terkeluar komen macam ni. Amat malang kalau betul.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kerja tu memang ikhlas, cuma Satiful nak jelaskan tuduhan seorang AJK PKR yg menyatakan konon PKR dibuli oleh PAS. PKR belajarlah erti terimakasih.

      Delete
  7. komen kawan pendek aje, masa pakatan menang selangor dulu pakatan tak ada janji pun keluarga ketum akan jadi mb, pakatan tak ada bagitau pun yang orang luar selangor akan jadi mb selangor.
    kalau diingat balik masa tu memang kalut pakatan nak petik calon mb.
    tapi kini lain yang jadi.
    macam dah ada yang merancang keluarga ketum akan jadi mb.
    ni 1 contoh nepotisme yang pakatan jugak dulu kecoh2.
    pada pendapat kawan pakatan ni membuat ssuatu tanpa pedulikan perasaan rakyat selangor.
    jika begini le wajah sebenar pakatan maka berakhir ke tamadun pakatan diselangor jika dun dibubar.

    sorry to say.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sebelum pru tàk sebut pun manifesto bukan janji.

      Delete
  8. Alaa apa gsduh2..mai pangkah bn..masuk2 jemput2....jgn malu2....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul juge tu..pngkah umno..pastu mnyesal smpai kiamat...

      Delete
  9. Musuh PR bukan UMNO rupanya. Musuhnya ada dalam selimut sendiri.

    ReplyDelete

Post a Comment

Previous Post Next Post

iklan