Sakit Misteri: Kanak-kanak miliki tangan lebih besar dari kepala

SEORANG kanak² ‎berusia 8 tahun terpaksa melalui detik² sukar dalam hidupnya apabila tangannya membengkak sehingga melebihi saiz kepalanya sendiri. 

Ini menyukarkannya untuk melakukan aktiviti harian yang asas seperti menyuap makanan, mandi, serta mengenakan pakaian.‎ 


Lebih menyedihkan lagi apabila Kaleem yang memiliki sepasang tangan gergasi dengan berat 8kg setiap satu itu sering menjadi mangsa buli dan ejekan di sekolah. Malah dia turut dipukul oleh rakan² ‎di sekolah.

Kaleem yang tinggal di India dengan ibu bapanya itu berkata: "Saya tidak pergi ke sekolah kerana cikgu kata, murid² ‎lain takut melihat tangan saya ini"


"Lagipun saya selalu dibuli oleh rakan² saya selalu dengar mereka kata: Mari kita pukul budak tangan besar tu"

"Ada di antara mereka yang suka pukul dan selalu mengejar saya" tambahnya.

Tambahnya lagi: "Saya susah nak pakai baju, pasang butang dan menarik seluar"

Ibu dan bapa Kaleem cuba mengubati anak lelaki mereka itu, namun pendapatan ayahnya yang hanya bertugas sebagai buruh kasar menjadikan mereka tidak berkemampuan.


Ibunya pula kadang kala terpaksa meminta sedekah‎ di saat mereka kesempitan wang.

Menurut ibunya Haleema, 45: "Kaleem dilahirkan dengan tangan dua kali ganda lebih besar dari bayi normal"

"Tangannya besar dan jari-jarinya panjang. Pada awal penumbuknya kecil tapi lama kelamaan ia semakin membesar, dan jari-jarinya turut sama memanjang" kata ibunya lagi.



Post a Comment

Previous Post Next Post

iklan