SAMM Gesa Flashmob 'Boikot McD' Dengan Cara Tenang dan Berhemah

Kenyataan Media
6 Ogos 2014

SAMM Gesa Flashmob 'Boikot McD' Dengan Aksi Tenang dan Berhemah

Minggu ini memperlihatkan sokongan terhadap nasib rakyat Palestine kian memuncak diterjemah dalam aksi memboikot produk Israel. 

Restoran makanan segera McDonalds menjadi sasaran utama dengan kempen boikot besar-besaran Jumaat ini - satu hari tanpa McD. Antara aksi lain termasuklah mengadakan aksi 'flashmob' berhampiran restoran McDonalds yang akan berlangsung di beberapa lokasi.

Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) secara amnya mengalu-alukan usaha mengekang sebarang urusniaga yang menguntungkan zionis Israel, menyedari keuntungan tersebut menyumbang kepada pembunuhan beramai-ramai rakyat Palestine. 

Tetapi dalam masa yang sama, SAMM menggesa supaya keghairahan memboikot dan aksi flashmob ini berlangsung dengan tenang dan terkawal. Menggunakan kekerasan terhadap pelanggan yang hadir makan dan juga terhadap pekerja restoran tidak sepatutnya berlaku. Menaikkan plakad di sekitar restoran sudah memadai, tidak perlu hingga merosakkan premis tersebut. Kempen kesedaran ini harus berhemah maka barulah menjadi ikutan ramai dan matlamat tercapai.

Bagi SAMM, tidak salah menjadikan restoran McDonalds dan produk-produk Israel yang lain sebagai sasaran, tetapi apakah kita sedar bahawa sasaran kita adalah kurang tepat? 

SAMM sejak lebih 5 tahun lalu telah mengajak rakyat khususnya anak muda untuk teliti apakah faktor sebenar menjadikan kelompok Israel itu terus hidup dan berkuasa. Tidakkah kita tahu bahawa negara ini sebenarnya bukan sahaja telah membekalkan keperluan asas industri negara Israel, malah kita juga telah membantu dan menjana ekonomi Israel hasil dari hubungan dagang sejak berbelas tahun lalu. 

Tidakkah kita tahu bahawa Malaysia merupakan rakan dagang Israel yang sangat konsisten?

SAMM dengan ini mencabar semua NGO berkaitan dan anak muda agar memilih pejabat Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) sebagai sasaran flashmob lantas mendesak kerajaan secara serius menghentikan perdagangan dengan negara haram Israel.

SAMM kini dalam fasa terakhir percetakan sebuah buku yang menyorot kembali pendedahan lalu yang merangkumi semua faktor Malaysia memperkasa ekonomi Israel, termasuklah pendedahan terbaru pembekalan sawit ke Israel ketika Ramadhan baru-baru ini. 

Buku yang mengandungi 6 chapter yang mendedahkan sebuah negara islam munafiq ini akan dilancarkan dalam masa terdekat.

Sekian

Edy Noor Reduan
Pengarah Propaganda
Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM)

3 Comments

  1. Anwar bin Ibrahim dan para macai nya juga munafik cai!!!
    Kena buat flashmob buat pelakon sheikh a.k.a seks chinadoll tu jugak!!
    Hentikan lah mendubur dan memuki sambil berkhutbah atas mimbar...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Flashmob "Mana janji kata nak berhenti slps gagal tawan putra jaya"

      Delete
  2. mana bukti blackout dan bangla?

    jadah punya samm, kerja nak tabur fitnah 24 jam!

    ReplyDelete

Post a Comment

Previous Post Next Post

iklan