Monday

Berhenti buat kenyataan balas terhadap Hadi — Dr Wan Azizah


Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam reformasi.
 
Saya mendoakan kesejahteraan dan keselamatan seluruh rakyat Malaysia. Sebuah masyarakat yang melalui kemajuan dan kematangan akan terus berhadapan pelbagai ujian dan beberapa perkembangan politik yang berlaku akhir-akhir ini adalah sebahagian dari proses itu.
 
Saya sedikit terguris dengan serangan peribadi yang dibuat terhadap saya walaupun saya menghormati pendapat Dato' Seri Abdul Hadi Awang mengenai kebolehan dan kemampuan saya.
 
Walau bagaimana pun, tidak timbul kemarahan dan saya menerimanya sebagai teguran agar boleh memperbaiki diri InsyaAllah.
 
Oleh itu, saya menasihati semua supaya tiada lagi sebarang kenyataan balas dibuat berhubung kenyataan Dato' Seri Abdul Hadi Awang itu. Fokus kita sewajarnya bersatu membela rakyat dari pelbagai tindakan Umno/Barisan Nasional yang menekan rakyat.
 
Saya mengucapkan terima kasih kepada Dato' Seri Abdul Hadi Awang dan keluarga atas jasa beliau dan bantuan kepada saya sejak tahun 1999 lagi. Saya juga tidak akan lupa budi baik pimpinan dan anggota PAS yang lain yang banyak membantu saya dan keluarga.
 
Saya mendoakan Dato' Seri Abdul Hadi Awang dipanjangkan umur dan seluruh perjuangan kita dibantu Allah SWT dan diberikan kemenangan.
 
DATUK SERI DR WAN AZIZAH WAN ISMAIL
Presiden KEADILAN

8 September 2014

11 comments

Rakyat tertekan melihat aksi badut.

Clever reaction DSWA :)

Pudin, bila nak buat dossier.... Kak Wan Munafik dah kena berlakun omega ni....

ingatlah, setiap perkataan Allah nilai. jgn senang2 panggil org munafik, takut pd Allah.

Dulu kata tak ada hati nak jadi mb....klu dh tak ada hati kena tegas dgn pendirian biar hidup ada prinsip...
Klu kita ada prinsip...perkara spt kemelut begini tak akan berlaku.Bukan nak mgaibkan...kak wan memang tak cukup layak...tak ada kaitan dgn gender tapi bagi level tersebut rakyat kebingungan dan ketakutan adakah kak wan mampu jadi mb yg baik dan ada prinsip.Lebih 95% rakyat selangor waswas dgn cdgn perlantikan nepotisme dpd laki kak wan sendiri.
Apakah tujuan dan motif di sebaliknya jika tekaan rakyat hanya sekadar mb boneka dan ali baba sahaja.Jelas dan nyata ketidakpatuhan trhdp undang2 tubuh negeri selangor melengkapkan lagi sakit hati dan kebencian rakyat selangor.Sebagai isteri...kakwan kena nasihat laki kakwan agar guna sedikit akal dan bukan nafsu gelojoh yg membinasakan diri.Secara peribadi mmg agak sedih klu kakwan diheret dlm kancah kegelojohan laki kakwan.Mungkin kakwan sedar tiada siapa yg boleh dan mampu menegur laki kakwan kerana sejarah mengetahui klu dia nak kan sesuatu...tiada siapa yg berani mghalang krn keinginan dia di luar jangkaan manusia yg normal.

jawatan menteri besar atau bendahara.
orang yang diamanahkan oleh baginda sultan dalam menguruskan hal negeri.
jawatan terpenting.
dilantik dengan perkenan sultan.
semua jawatan-jawatan lain adalah dibawah seliaan bendahara.

tapi apa guna mengadu domba akan jawatan bendahara andai derhaka pada sultan?

selangor negeri berdaulat, ada undang-undang tubuh, bukan negeri pasar borong yang boleh ikut sesuka hati menjawat jawatan bendahara tanpa perkenan sultan.

kita orang melayu beragama islam, beradap dan sopan, turun temurun kita hormat dan patuh akan baginda sultan.

PKR ni cm" BUDAK MANJA" mrengek mrengek mrengek..lama2 org pon mnympah nk layan gk..hahaha cm SIOT je PKR ni

Hahaha....penerangan dari seorang yang kurang ajar.. mgkn keturunan ko dasar manusia yang biadap.

X payah nk mengajar.. nk kata bijak. Ayat dah merepek je lebih..

Klu ketum tak bersifat kurang ajar...mgkin kemelut mb nie tak berlaku...
Mgkin dah takdir yg rakyat lebih mengetahui sikap tamak dan gelojoh ketum...
Isteri yg hanya berkebolehan mengipas nak letak sebagai mb...
Menikam tski dari belakang jelas perbuatan biadap dan mrk patut mohon maaf pd tski...
Klu manusia bermoral...perkara begini tak akan berlaku..
Apa boleh buat...video besi jelas ketum manusia tidak bermoral....

Keturunan ko ni jenis yg suka tembak terus kan tanpa ade bukti yang kukuh. Owhh.. sori ... lupa plk..keturunan ketum kan.. tu yg lalok semacam jew.


EmoticonEmoticon