KEADILAN kecam rampasan Akhbar Suara Keadilan!


HARI ini umum dikejutkan dengan berita rampasan 300 naskhah akhbar Suara Keadilan di Kedah, iaitu di Jitra, Kuala Kedah, Alor Setar, Pendang dan Kepala Batas pada 10hb September lalu oleh pegawai-pegawai Kementerian Dalam Negeri. 

Saya difahamkan bahawa para peniaga yang menjual Suara Keadilan di kawasan-kawasan itu telah diberi amaran, jika mereka terus menjual akhbar tersebut maka kedai-kedai mereka akan ditutup. Jika benar, perkara ini amat mendukacitakan dan cukup zalim. Pihak KDN perlu mengesahkan sama ada perkara ini benar-benar berlaku, dan jika ya amalan ini wajib dihentikan.

KEADILAN mengecam tindakan KDN  ini yang mengekang kebebasan bersuara, satu hak asasi yang termaktub di dalam Perlembagaan Persekutuan.

Pada masa yang sama, KEADILAN menggesa Menteri Dalam Negeri, DS Zahid Hamidi untuk menjelaskan status permohonan permit Suara Keadilan yang telah dihantar sejak tahun lalu.

KEADILAN turut menggesa Perdana Menteri, DS Najib Razak untuk memansuhkan Akta Mesin Cetak dan Penerbitan. Walaupun akta tersebut telah dipinda pada 2012, namun pindaan tersebut tidak mencukupi dan akta itu masih bersifat kukubesi dan tidak demokratik. Perdana Menteri harus menunjukkan kesungguhan politik sebagai seorang "demokrat moderat" dan memansuhkan akta ini dengan segera.

Fahmi Fadzil
Pengarah Komunikasi KEADILAN

15 September 2014

12 Comments

  1. Ada lagi ka yang baca akhbar tuh?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Gua x baca dahhh sbb paper kroni..cite suami istri n anak brnak je yg ada story dlm pper tu hehehe boring gilerrr

      Delete
    2. Dah langgar undang undang kenalah tindakkan
      Macam guan eng buat kat penang jugaklah.
      Gerai yang tiada lesen, tak ikut undang undang semuanya kena roboh.
      macam tulah hidup ni.

      Delete
  2. Majoriti rakyat malaysia menyokong penuh rampasan yang dilakukan terhadap Akhbar Keadilan,kerana Akhbar tersebut tidak memberi sebarang faedah kepada rakyat malaysia..hanya segelintir rakyat yg bodoh semulajadi yg sanggup membaca..Akhbar tersebut juga sarat dgn Fitnah,Penipu,Kencing Rakyat memang patut pun Akhbar tersebut dirampas...

    ReplyDelete
  3. 300 naskah dah berapa berat dia beb? klu 2 naskah berat dia sekilo brmakna klu 300 naskah berat dia 150 kilo, klu harga kertas sekilo 30sen brmakna nilai rampasan adalah 45 ringgit, banyak tuuu..

    patut la diorang marah.

    ReplyDelete
  4. Hah hah hah haaaaaaaaaa buat lawak je,baru 300 dah heboh satu dunia,haritu Harakah berapa Lori humban dalam laut senyap je,tak kecoh pun.

    ReplyDelete
  5. adakah perarakan atau perbarisan ukur jalan dan kira tiang tnb BERSHIT akan diadakan sempena kehilangan 300 akhbar itu?

    ReplyDelete
  6. 16september ..SELAMAT MENYMBUT ULANGTAHUN sbgai PM malaya DATO SERI nuar brhim...hehehe kami ahlul palimen mnyokong pnuh kpmpinan DATO SERI...

    ReplyDelete
  7. Hari ni 16 sept adalah hari PEMBOHONGAN AnuWar Ibrahim yg membuat sidang akhbar kononnya Pembangkang akan mengambilalih Kerajaan Pusat serta Putra Jaya...rupa2nya semua Pemberita dalam dan luar negara kena Kelentong...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bila babi ini bersuara & menganjing... biarkn biarkn

      Delete

Post a Comment

Previous Post Next Post

iklan