Thursday

Rafizi sokong kenyataan Tun Mahathir tentang 1MDB


Kewangan Rapuh 1MDB Satu Ancaman Kepada Negara

Saya mengambil maklum kritikan Tun Mahathir Mohamad mengenai dana1MDB yang dikumpul dari hutang dan bukannya dari keuntungan yang dijana. Tun Mahathir Mohamad juga mempersoalkan kenapa sejumlah besar dana 1MDB disimpan di pusat kewangan luar pesisir pantai (offshore financial centre) iaitu Pulau Cayman yang sudah pasti tidak telus dan menyembunyikan maklumat pengurusan dana.

Saya selalunya berbeza pendapat dengan Tun Mahathir Mohamad dalam banyak perkara. Namun saya menyokong penuh pendirian dan pendapat Tun Mahathir Mohamad mengenai 1MDB.

Malah, saya berpendapatan kedudukan kewangan 1MDB dan pengurusannya yang tidak telus merupakan satu ancaman kepada kestabilan ekonomi negara dan kesejahteraan rakyat.

Laporan-laporan kewangan yang diperolehi dari akhbar kewangan meletakkan jumlah hutang yang ditanggung oleh 1MDB adalah melebihi RM30 bilion. Ini berdasarkan beberapa siri penerbitan bon untuk mengumpul dana secara berhutang yang dijalankan oleh 1MDB sejak beberapa tahun yang lalu.

Dalam beberapa sidang parlimen yang lepas, ahli-ahli Parlimen dari Pakatan Rakyat sering mengajukan soalan berapakah jumlah hutang yang dijamin oleh Kerajaan Malaysia dari jumlah keseluruhan RM30 bilion ini.

Setiap kali soalan ini ditanyakan, jawapan Dato' Seri Najib Tun Razak adalah konsisten iaitu hanyalah RM5 bilion sahaja iaitu jumlah bon pertama yang diterbitkan oleh 1MDB. Beliau menjawab secara rasmi di dalam Parlimen bahawa jumlah hutang yang lain tidak dijamin oleh Kerajaan Malaysia.

Saya mempunyai dokumen yang boleh mengesahkan bahawa jawapan Dato' Seri Najib Tun Razak itu adalah tidak tepat dan memberi gambaran yang salah kepada Parlimen. Hasil siasatan saya setakat ini menunjukkan bahawa keseluruhan hutang 1MDB berjumlah RM30 bilion itu adalah tanggungjawab sepenuhnya Kerajaan Malaysia.

Ini bermakna bahawa sekiranya 1MDB gagal melunaskan hutang-hutang tersebut, Kerajaan Malaysialah yang bertanggungjawab melangsaikan hutang itu – sudah tentu menggunakan wang rakyat.

Oleh sebab itu, saya berpendirian bahawa hutang 1MDB yag begitu besar itu adalah satu ancaman besar kepada kestabilan ekonomi negara terutamanya kerana tidak ada tanda-tanda prestasi yang memberangsangkan yang ditunjukkan 1MDB setakat ini.

Saya percaya Tun Mahathir Mohamad mempunyai maklumat yang sama. Sebab itulah beliau tidak dapat menyembunyikan lagi kebimbangan beliau.

Kali terakhir saya menimbulkan isu dana 1MDB disimpan di Pulau Cayman yang tidak telus, 1MDB telah menghantar satu surat saman yang menyatakan ia akan mengambil tindakan mahkamah untuk menghentikan saya dari terus menimbulkan isu itu.

Sekiranya apa yang ditimbulkan oleh Tun Mahathir Mohamad itu tidak betul, makan sewajarnya 1MDB turut menghantar surat saman kepada Tun Mahathir Mohamad dalam masa terdekat ini.

Saya akan mendedahkan dokumen bukti mengenai hutang 1MDB dalam masa terdekat yang menunjukkan Kerajaan Malaysia bertanggungjawa kepada hutang-hutang yang dikumpul 1MDB.

RAFIZI RAMLI
Naib Presiden KEADILAN
Ahli Parlimen Pandan 

11 September 2014

14 comments

47 hari lagi ke penjara sg buluh

Rafizi sokong Tun Mahadhir?..sudahlah,sebut nama rafizi pun Tun Mahadhir nak termuntah,anak didik AnuWar Ibrahim yang otak taik..yang mencetus langkah kajang untuk memecat Khalid Ibrahim,last2 apa jadi skg ..

Apa kaitan Mahathir muntah? Apa yang penting Jijah kipas penzina tegar! Sanggup biarkan ANUwar liwat anak kawan baik dan setiausaha politiknya Azmin Ali, dan juga Setiausaha Menteri Kewangan, Ezam Mat Noor.

Walaupun Ezam sudah merasa nikmat tusukan ANUwar di duburnya, Ezam akhirnya bertaubat dan meninggalkan ANUwar...

dasar oppotunist, mcm la mahdir tu suka kat ko, ko amek la quote anuar ke mat syabu ke nik ajis ke.

ko xnk borak psl pkataan aljubori?

Anwar pendubor dan pemuki ko masih sembah...
Jijik sgguh idola ko tu...

KAJANG MOVEny dokumen mane pegi?nape xdedahkn? da wt lap bontot ke?

RAPIJI ni ptutny dia bkrja ng URTV ke PANCAINDRA UTSAN ke MASTIKA ke..dia suke sgt ng BERGOSIP ni...KEHKEH..kalu dia bkrja ng DUNIA HIBURAN almtny xl cr mkn ler ARTIS2 smue..adaa jee bnde yg xkene.....hahaha

didunia sudah dihina sedemikian rupa, apalagi di akhirat kelak.

Bila babi bersuara & mnganjing..biarkn biarkn

Pencacai amno smua nye iblis

Babi iblis amno dh menyalak

Orang kata pasal kewangan...korang timbul isu2 lain...mcm mana maw setel isu kewangan?

███████████████████████████████████████████████████████████████████████████████████████████████████████████████████████████████████████████████████████████████████████████████████████████████████████████████████████████████████████████████████████████████████████████████████████████████████████████████████████████████████████████████████████████████████████████████████████████████████████████████████████████████████████████████████████████████████████████████████████████████████████████████████████████████████████████████████████████████████████████████████████████████████████████████████████████████████████████████████████████████████████████████████████████████████████████████████████████████████████████████████████████████████████████████████████████████████████████████████████████████████████████████████████████████████████████████████████████████████████████████████████████████████████████████████████████████████████████████████████████████████████████████████████████████████████ delete 24 September 2014 at 00:59

o

bila nak komen biarlah secara ilmiah. bukan sampah. ini bukan isu kecik masa depan negara dan anak cucu. sembang besar nyanyi lagu warisan, apa guna setakat melalak tanpa ambik iktibar. bullshit...


EmoticonEmoticon