Perutusan Aidil Adha Ketua Umum KEADILAN

"Dan bagi tiap-tiap umat, Kami syariatkan ibadat menyembelih korban (atau lain-lainnya) supaya mereka menyebut nama Allah sebagai bersyukur akan pengurniaanNya kepada mereka; binatang-binatang ternak yang disembelih itu. Kerana Tuhan kamu semua ialah Tuhan Yang Maha Esa, maka hendaklah kamu tunduk taat kepadaNya; dan sampaikanlah berita gembira (wahai Muhammad) kepada orang-orang yang tunduk taat" - Surah Al-Hajj, Ayat 34

Alhamdulillah, setinggi kesyukuran dirafak ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah inayahNya maka diizinkan olehNya jua untuk kita kembali meraikan hari besar dalam Islam yakni sambutan Eiduladha bagi tahun 1435 Hijrah.

Pastinya sambutan Eiduladha saban tahun kita lalui dengan penuh rasa keinsafan: dengan sirah Ibrahim dan Ismail A.S yang memperihal kesiapsiagaan seorang bapa dan anak yang dengan penuh tawadhuk dan ikhlas melaksanakan perintah Allah SWT, meski nyawa dan darah galang gantinya.

Inilah falsafah ulung di sebalik ibadah korban: keikhlasan dan kesyukuran ke atas nikmat Ilahi yang kemudiannya dikembalikan dengan rasa tawadhuk demi mencapai redhaNya. Ini selaras dengan sabda Rasulullah SAW yang antara lain mafhumnya:

"Wahai manusia, sembelihlah korban dengan mengharapkan pahala daripada Allah dengan darahnya, bahawa sesungguhnya darah korban itu jika ia tumpah ke bumi maka ia akan mengambil tempat yang mulia di sisi Allah Azza Wajalla."

Falsafah yang sama juga tersirat di sebalik ibadah haji, yang menjadi pelengkap kepada Rukun Islam sebagai agama yang suci. Penyucian diri melalui proses dan fasa-fasa ibadah haji nyata sekali merupakan satu bentuk pemurnian akal dan jiwa melalui pemupukan elemen kebersamaan dan persaudaraan sesama Muslim. Realitinya, semua insan adalah sama di sisi Tuhan, tinggal lagi baik buruk akhlaknya dan juga tinggi rendah imannya yang menjadi sandaran.

Sambutan Eiduladha ini pastinya mendorong kita memaknai prinsip agung yang digagas oleh Islam: keadilan insani. Prinsip keadilan ini diulang sebanyak 56 kali di dalam Al-Quran, justeru kewajaran kita untuk menjamin keadilan, merai kepelbagaian dan menghormati perbezaan adalah sesuatu yang tidak boleh dikesampingkan. Ini telah Allah SWT tegaskan lewat Surah Al-Maidah Ayat 8:

"Wahai orang beriman! Hendaklah kamu semua sentiasa menjadi orang yang menegakkan keadilan kerana Allah, lagi menerangkan kebenaran dan jangan sekali-kali kebencian kamu terhadap sesuatu kaum itu mendorong kamu kepada tidak melakukan keadilan. Hendaklah kamu berlaku adil (kepada sesiapa juga) kerana sikap adil itu lebih hampir kepada takwa. Dan bertakwa kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui dengan mendalam akan apa yang kamu lakukan."

Inilah keindahan Islam yang diwariskan Rasulullah SAW kepada umat baginda. Kendatipun begitu dalam pada kita meraikan hari besar ini, kita terus menerus dihambat dengan agenda yang sedang menghenyak imej Islam di mata dunia, mengambil contoh isu ISIS yang hangat diperkatakan mutakhir ini. Matlamat sedemikian jelas bercanggah dengan prinsip keadilan Islam malah mencemar imej Islam yang berselindung di sebalik agenda perjuangan Islam.

Rentetan kegagalan memahami Islam secara holistik, maka wujudlah persepsi yang salah sedemikian rupa, lantas mengesani kesyumulan Islam di mata khalayak. Inilah yang ditekankan oleh Almarhum Hasan al-Hudaybi, "Tegakkanlah Islam di dalam dirimu, nescaya ia tertegak di watanmu".

Tuntasnya, kembalilah kita kepada fitnah dengan memaknai Islam dan gagasan manusiawi yang terkandung dalam ajarannya. Moga Eiduladha yang akan diraikan mampu mencetus keinsafan kepada kita dalam menjaga ukhuwah sesama insana disamping kita memperkemas habluminaLlah.

Mewakili kepimpinan dan akar umbi KEADILAN seluruhnya, saya merakamkan ucapan Salam Eiduladha buat seluruh umat Islam di Malaysia. Moga ibadah korban yang kita sempurnakan mendapat tempat di sisi Ilahi, demikian juga buat jemaah haji Malaysia didoa agar selamat menunaikan ibadah haji dan selamat kembali ke tanah air dengan haji yang mabrur moganya, inshaaAllah.

ANWAR IBRAHIM

Post a Comment

22 Comments

  1. Si Pukimak Anwar sibuk beri perutusan ni kenapa? Perutusan terakhir sebelum masuk penjara sungai Buluh ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yg 13:08 kena sawan babi Ni kenapa pulak? Dah nak mampos agaknya..

      Delete
  2. Mana bukti fitnah TSKI?! Hukuman dah dibuat, mana bukti!?

    ReplyDelete
    Replies
    1. TAHNIAH AZMIN & ANWAR..PKR DPT MB SELANGOR

      Delete
  3. Rakyat Selangor mesti sokong BN sebagai bukti sokongan kepada TSKI, hidup Tan Sri Khalid!

    ReplyDelete
    Replies
    1. KAH KAH KAH ...dah mula meroyan tu

      Delete
    2. Tidak sepatah pun yg di ucapkan melainkan di catat oleh raqib dan atid

      Delete
  4. I'm excited to find this great site. I want to to thank you
    for ones time for this fantastic read!! I definitely savored every little bit of it and i also have you bookmarked to check out new things in your site.



    Stop by my weblog :: natural music, forumas.pasmama.lt,

    ReplyDelete
  5. Hebatnya 'khutbah'...klu mcm nie kata2 seorg sheikh...mgkin pukiR tak kena sial...
    Apa2 pon...dia tetap seorang bangkai spt kata chegu bard dan pukimak ulung selain babi2 pukiR yg lain....
    Selamat Hari Raya Korban...
    Hehehe....bahlol n bodo berKorban demi air ketum....sial hidup!!!!!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Apa-apa je lah setannnnn...

      Delete
  6. Hujah mereka hanya bersandar Islam kulit ? Jelas pendokong bn kehilngan jiwa wajar .

    ReplyDelete
  7. Warren said How To Hack Someone's Telecharger Fifa 15 Gratuit created
    a page to help Android users understand the permissions they are
    asked to grant if they want to download the Messenger
    app from the Google Play store. We yearn for excitement, for new things,
    for a freedom from our obligations so that we can be accountable only to ourselves.
    In many cases, both are available in the same package.

    Feel free to visit my web blog ... telecharger fifa 15 pc

    ReplyDelete
  8. selamat hari raya aidiladha juga pada ketum.
    ucapan yang membuat kawan hampir menangis teresak tapi kawan berjaya mengawal emosi daripada terus menangis.

    sebut pasal korban ni kawan teringat pada pengorbanan haji hadi dan pas untuk menamakan azmin sebagai mb selangor yang akhirnya menyebabkan pas kehilangan 1 jawatan exco.
    pas juga telah dihentam kiri kanan depan belakang kerana tidak menamakan azizah.
    ulama-ulama pewaris nabi dalam pas langsung tidak ada faedah pada mata pakatan.

    "Tegakkanlah Islam di dalam
    dirimu, nescaya ia tertegak di
    watanmu".

    berbunga-bunga sungguh, berwarna-warni dan harum ucapan ketum.

    "Wahai orang beriman! Hendaklah
    kamu semua sentiasa menjadi
    orang yang menegakkan keadilan
    kerana Allah, lagi menerangkan
    kebenaran dan jangan sekali-kali
    kebencian kamu terhadap sesuatu
    kaum itu mendorong kamu kepada
    tidak melakukan keadilan.
    Hendaklah kamu berlaku adil
    (kepada sesiapa juga) kerana sikap
    adil itu lebih hampir kepada
    takwa. Dan bertakwa kepada Allah,
    sesungguhnya Allah Maha
    Mengetahui dengan mendalam
    akan apa yang kamu lakukan."
    surah maidah ayat 8.

    pas telah terkorban jua akhirnya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pukimak ketum nie nak org berkorban utk dia...jgn harap pecinta lobang taik nie berkorban utk org lain...
      Tski...berkorban jiwa dan harta demi pukimak anwar nie...krn Gila kuasa...tski sanggup dia tikam, fitnah dan hina demi kelangsungan hutch bengkoknya...
      Org2 pas yg sanggup syahid demi ketum nie...tolonglah sedar bhw pelacur agama nie yg mnjadikan pas, presiden pas dan tok guru nik aziz dihina dan agama islam diperlekeh krn nak menyelamatkan pelacur agama, munafik dan pelakon lucah video besi nie....
      Sudah2 lah kita berkorban demi pukimak ketum nie....
      Tengok brapa ramai babi2 ketum berhimpun melihat pukimak nie dipenjara...ada ker tidal?Termasuk cina2 babi tokong yg hanya bertepuk sorak di rmh menyaksikan kita dikencing dgn air ketum....
      Ketum...ko MEMANG PUKIMAK!!!!

      Delete
    2. Allahu Akhbar Allahu Akhbar Allahu Akhbar... Laillahaillah wallahu Akhbar... Allahu Akhbar walillahilhamd ....

      Delete
  9. Realiti...tanpa anwar...sampai kiamat melayu bodoh cium palat rosmah dqn bangga dan riang ria di hari raya...tanpa anwar...sampai kiamat melayu banggang piau...dan tanpa anwar...sampai kiamat melayu jadi kaldai tungangan mamak pukimak.....khalas

    ReplyDelete
    Replies
    1. hujah kau ada benarnya.. skrg tgk hasilnya parti bahalol umno baru dh bebankan rakyat dgn mcm2 cukai dn kenaikan kos angkara bahalolnya mereka hnya reti bt hutang ratus2 billion ja.

      Delete
    2. Hidup ko mkn besar n bmewah x ukur gaji sdr mmg la hidup susah. Org indon, bangla n kemboja yg papa kedana kt negara sdr tp bleh jd kaya kt malaysia nie....apa cer...?

      Delete
  10. Harap2 meliwat x kene GST.. Hahaha..

    ReplyDelete
  11. Yang membuat fitnah....jaga2 dengan perkataan dan penulisan...klu bukan Islam X apa lah...kerana mereka X percaya rukun Iman. ..

    ReplyDelete
  12. pada penulis komen samada BN, PAKATAN atau ATAS PAGAR sila menulis dengan akal, kita boleh jadikan ruang komen blog milisuam sebagai forum, kita boleh bertukar idea dan ideoligi tapi hendaklah dengan beradab, tolong gentleman sikit k.

    ReplyDelete

Anda boleh tulis apa sahaja dalam ruangan komen ini (ini blog yang menjunjung demokrasi), tetapi anda juga perlu bertanggung jawab atas setiap tulisan anda