Bekas Peramugara MAS mungkin merana 10 tahun dalam penjara Perancis tanpa pertuduhan

‎MENGIKUT undang-undang Perancis, bekas Pramugara MAS yang kini ditahan di negara itu atas dakwaan mencabul kehormatan penumpang pesawat, mungkin bakal merana selama 10 tahun di penjara tanpa sebarang pertuduhan.

Ini kerana, purata tempoh tahanan ‎di Perancis adalah selama 4 tahun menurut peguam yang mewakilinya, Shailender Bhar.

Keluarga suspek dilaporkan sudah membuat rayuan untuk membawanya pulang ke Malaysia. 

Anak perempuan suspek, yang hanya mahu dikenali sebagai Syaza, 24 dilaporkan sebagai berkata, bapanya kelihatan lemah ketika kali terakhir dilawati di lokap bulan lalu.

‎"Sudah lebih tiga bulan kini, dia kehilangan lebih 20 kg berat badan dan mengalami tekanan emosi kerana tidak dapat berkomunikasi oleh sebab kekangan bahasa" katanya. 

‎Syaza juga dilaporkan sebagai berkata, ayahnya tidak dapat menyesuaikan diri dengan makanan penjara.

Bekas Pramugara itu sebelum ini dilaporkan, telah ditahan pada 7 Ogos, atas dakwaan mencabul kehormatan seorang penumpang wanita Australia berusia 26 tahun selepas satu laporan polis dibuat terhadapnya. 

‎Kejadian itu dikatakan berlaku dalam pesawat, ketika penerbangan dari Kuala Lumpur ke Paris pada 4 Ogos, apabila penumpang tersebut meluahkan perasaan gementar dalam penerbangan.

‎Suspek kemudian duduk di sebelah mangsa sebelum memberikan urutan dengan alasan mahu menenangkannya sebelum berlaku kejadian itu.

Pihak MAS kemudian mengesahkan pemecatan kakitangannya itu yang telah berkhidmat selama lebih 32 tahun. — The Star

Post a Comment

Previous Post Next Post

iklan