Saturday

Peluang Tun Mahathir gunakan KEADILAN untuk jatuhkan Najib


‎PORTAL freemalaysiatoday melaporkan tentang pelawaan NGO, NOW (National Oversight and Wistleblower) yang menjemput mantan Perdana Menteri Malaysia, Tun Mahathir agar hadir dalam sebuah forum untuk mengenengah dan membicarakan isu dana kontroversi 1MDB yang melibatkan Najib Razak.

‎Pelawaan ini disifatkan oleh portal itu sebagai tindakan KEADILAN, untuk menggunakan Tun Mahathir bagi menjatuhkan Perdana Menteri, Najib Tun Razak.


Namun dari satu sudut lain, melihat serangan bertali arus Tun Mahathir terhadap ‎kepimpinan Najib Razak kebelakangan ini, dari kritikan beliau terhadap 1MDB sehingga kepada pemberian BR1M yang disifatkan 'memperhabis duit rakyat untuk jadi popular' adalah lebih tepat jika dikatakan ini peluang Tun Mahathir gunakan KEADILAN untuk jatuhkan Najib Razak.

‎Rakyat tidak pernah lupa bagaimana Tun Mahathir menjadi satu-satunya pemimpin yang sanggup keluar Umno dan melakukan 'road show' seluruh negara semata-mata untuk menjatuhkan Abdullah Badawi.

Jika Tun Mahathir setuju untuk hadir dalam forum ini, maka kita boleh mengagak, bahawa serangan lebih dahsyat akan dilakukan oleh Tun Mahathir terhadap Najib Razak untuk menjatuhkannya.

‎Sudah menjadi rahsia umum (rahsia yang diketahui dan  disimpan oleh majoriti orang) bahawa Tun Mahathir mahu Najib Razak turun dari jawatannya, kerana itu berulang kali mantan perdana menteri paling lama berkuasa itu menyerang Najib Razak dengan pelbagai isu.

Setiap kali, ada sahaja isu dikritik oleh Tun Mahathir bagi menggambarkan Najib Razal sebagai 'Failed Leader'‎. Tun Mahathir bijak menggunakan pengaruhnya untuk menekan Najib dalam masa yang sama, Najib tidak berani menjawab kritikan-kritikan itu kerana sedar tentang pengaruh Mahathir. 

‎Tun Mahathir menunggu saat Najib Razak berani untuk menentang atau sekurang-kurangnya menjawab serangannya, supaya beliau boleh mengistiharkan perang.

Apa tujuan Tun Mahathir menyerang Najib secara terbuka?

"Mukhriz Mahathir to be Prime Minister before 2020"‎

3 comments

Mahathir ni sudah-sudahlah dah tua tu bawaklah berehat, jangan sibuk campur hal negara macam pandai sangat. Tengok Pak Lah, berehat tak sebuk campur urusan negara, oan epok macam tu...

selamat pagi!
maharhir negarawan terbaik.dianugerahkan dgn fikiran yng bukan nyanyok leh usia.bukan sewel leh pengalaman.bukan hitam terbakar kuasa...sekadar meneruskan perjuangan yg tak habis2.itulah aq tabik memanjang keh keh.
tiada salah sifat seoarang bapa penyayang.!

Pd aku pmmpin UMNO bole ler tahan gak.kite bole komen PM n UMNO..ko cube komen LGE DAP n NUAR PKR bole ker? Mmg kene pncung ler cm si KHALID jdny...criter dlm klmbu sndri ler..����⚓������


EmoticonEmoticon