Laporan RCI Sabah : Penjawat Awam Dikambinghitamkan Bagi Menutup Kecurangan Parti Politik

Laporan Suruhanjaya DiRaja (RCI) berhubung pemberian Kad Pengenalan kepada warga asing di Sabah telahpun dipersembahkan kepada umum pada 3 Disember 2014. Solidariti Anak Muda Malaysia merasa terpanggil untuk memberikan respon balas terhadap dapatan laporan tersebut.

1. Solidariti Anak Muda Malaysia merasakan kelewatan pembentangan laporan RCI ini adalah untuk menukarkan beberapa fakta dan  penemuan laporan supaya sifat khianat beberapa pihak dapat terus disembunyikan.

2. Walaupun, laporan RCI telah mengakui berlakunya projek pemberian Kad Pengenalan kepada warga asing yang telah mengubah keseimbangan demografi dan agama di Sabah, namun begitu, RCI tidak menamakan mana-mana pihak yang bersalah.

3. Sehubungan itu, SAMM mendesak Kerajaan Persekutuan melalui KDN, PDRM dan Pejabat Peguam Negara untuk mengheret semua pelaku ini untuk dibicarakan di mahkamah terbuka. Tindakan menjual kad pengenalan ini adalah satu bentuk tindakan khianat terhadap kedaulatan dan keselamatan negara secara amnya dan negeri Sabah secara khususnya.

4. Kerajaan Persekutuan tidak boleh berdiam diri. Mereka yang bersalah perlu diheret ke muka pengadilan. Atau Kerajaan Persekutuan masih lagi berhasrat untuk menyorokkan sesuatu.

5. Walaupun, RCI hanya beranggapan mungkin wujud Projek IC tetapi RCI juga tidak menafikan perkara ini. Maka, SAMM berpandangan projek pemberian IC bagi tujuan politik ini tetap berlaku. Adalah mustahil sekiranya projek ini hanya sekadar bermotifkan keuntungan kewangan semata-mata. Persoalan berhubung kewujudan ramai penerima kad pengenalan ini juga yang terdapat banyak dalam daftar pemilih perlu dijawab.

6. Sekitar bulan November 2014, media di Indonesia termasuklah CNN Indonesia berhubung pemberian kad pengenalan kepada warga Indonesia kononnya atas tujuan memudahkan proses keluar masuk di antara kedua-dua negara membuktikan bahawa gejala ini berterusan berlaku sehingga kini. Apakah Kerajaan Persekutuan terus mahu mendiamkan diri?

7. Hakikatnya, pemberian kad pengenalan kepada warga asing ini adalah angkara parti politik yang ingin memanipulasi sistem pilhanraya untuk terus kekal berkuasa walaupun terpaksa menjual kedaulatan dan keselamatan negara. Meletakkan beban kesalahan sepenuhnya kepada Penjawat Awam juga merupakan satu tindakan kambing hitam untuk menutup kecurangan pemimpin politik.

Kepada para penjawat awam, renung dan ingatlah, berpada-pada dalam mengikut arahan. Gaji anda dibayar oleh rakyat. Setialah pada rakyat dan negara bukan berkiblatkan parti politik. Apabila masalah muncul, andalah yang akan dikambinghitamkan sedangkan tuan-tuan politik anda terus kekal bebas. 

Che'GuBard
Pengasas
Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM)‎


6 Comments

  1. Klu nie standard keberanian korang....ptuiiihhh..
    Buat laporan polis...alangkah bagusnya...
    Tak kesah jika mrk dihumban dlm penjara....
    Klu setakat tulis dlm blog...yg dituduh tak akan mampu menjawab...fitnah jadi nya...

    ReplyDelete
  2. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  3. Polis kn anjing kerajaan...buang masa buat repot..pttuiih..!

    ReplyDelete
  4. Bila ada Pemimpin Pembangkang nak kena belasah, sibuk nak buat lapuran Polis...pemimpin dan penyokong pembangkang memang Bacul...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yg bacul ko sebab umno bangkai babi lahanat. Tu najiBOROSmah ke korea makan agin perabis duit rakyat ...cuti sehingga 6 januari sial bangkai punya pm laki bini dah lah setiap bulan pi melancong akhir tahun pun melancong puki bosuk sungguh umno. Moiden pun bercuti ke china sampai 10 januari. Kata dalam pau takkan bercuti sehingga kes2 selesai. Duit sape yg mereka pakai tu? Bangkai punya umno pukimak kepala butoh.

      Delete
  5. Sibuk pasal Rosmah yang Bini Anwar gila nak jadi Menteri Besar tu apa ceta, kalau Babi tu jadi Menteri Besar habis duit Rakyat Anwar sapu, yg nampak salah Rosmah je.. Sial Puak2 Pembangkang....

    ReplyDelete

Post a Comment

Previous Post Next Post

iklan