Wednesday

Malaysia Perlu Lebih Ramai Fahmi Zainol


TINDAKAN Universiti Malaya menggantung Fahmi Zainol selama dua semester dan didenda RM600 dan menggantung Safwan Shamsuddin selama satu semesta dan didenda RM300 selain daripada tindakan disiplin ke atas beberapa orang mahasiswa berkait program "40 Tahun Dari UM ke Penjara" membuka mata rakyat Malaysia kepada krisis pentadbiran institusi pendidikan tinggi di negara ini.

Tindakan ke atas mahasiswa-mahasiswa ini wajar dikecam seluruh rakyat Malaysia dan para mahasiswa khususnya, kerana ia menjadi bukti para pentadbir universiti tidak menghormati hak asasi mahasiswa untuk berkumpul dan bersuara, malah menidakkan kebolehan mahasiswa untuk berfikir dan bertindak dengan matang.

Saya cukup kesal kerana dengan tindakan ini para pentadbir UM seakan mahu mahasiswa hidup di bawah tempurung, tidak berinteraksi dengan masyarakat dan realiti sosio-politik semasa dan hanya menjadi pak turut robotik dengan mengiakan apa sahaja yang diarah pemerintah, walaupun ianya salah atau zalim.

Adakah budaya fobia pentadbir ini mampu melahirkan rakyat Malaysia yang berupaya menghadapi cabaran dan krisis di peringkat antarabangsa? 

Adakah tindakan disiplin ini menyampaikan mesej yang baik kepada dunia akademik, bahawa institusi pengajian tinggi tertua di Malaysia begitu lemah dan takut akan mahasiswa sehingga ia tidak berani memberi ruang untuk pertentangan idea yang sihat?

Malaysia perlukan lebih ramai Fahmi Zainol dan Safwan Shamsuddin: anak-anak muda yang berani bangkit bersuara kerana kezaliman dan ketidakadilan yang berlaku di depan mata. Anak-anak muda lah yang menjadi hati nurani (conscience) masyarakat dan menjadi penggerak perubahan.

Tatkala negara menghadapi pelbagai krisis - ekonomi, kepimpinan politik dan sebagainya - anak muda lah yang menjadi pencetus semangat "nahdah", yakni "kebangkitan" atau "renaissance", menuju Malaysia yang lebih baik. Mungkin inilah islah yang ditakuti para zalimun.

Universiti bukan kilang, Mahasiswa bukan robot!

Fahmi Fadzil
Naib Ketua AMK

10 Disember 2014

12 comments

Ha ha ha...lu tau kan apa lu cakap?

Sepatutnya dia orang tumpukan pada pelajaran bukan buat demo menyokong Individu yang membuat masaalah pada negara,diUnivesiti bukan tempat untuk melahirkan Penjenayah,Penghasud atau Pengganas..

Kalu rmai fahmi zainol kt mlysia ni almtny UNIVERSITI dh jd cm ZOO ler...
Ko suh fahmi mlompat2 kt ZOO
hehehe

Rmai KAWAN dia kt situ

Fahmi Fadzil Naib Ketua AMK bolih didakwa atas Akta Hasutan, menghasut adalah kerja Puak2 Pembangkang supaya pelajar2 membuat rusuhan..

Anwar Ibrahim dan Lim Guan Eng berpakat untuk meruntuhkan Maruah Bangsa umat Islam dengan membenarkan Kalimah Allah diguna pakai olih Penganut Keristian akan mengundang Bala yang amat Besar kepada Negara ini, tunggulah saat itu..Skg mereka berdua telah melobi dengan cara sistematik untuk menggagalkan usaha Umat Islam menwujudkan undang2 Hukum Hudud..

Kite ad khlid samad n mat sabu yg bolh mnggntikn HJ HADI...ni DAP yg kate bkn aku kate.

...buah cempedak diluar pagar..ambil galah tolooooon jolokkan!
meh jolok.jolok.jolok daa.
cempedak berulat..dah ditebuk tupai..amk apa perduli!

Lompat pagar nk CURI cempdak.
Nk JOLOK cmpdak gune galah panjg.
Jolok pnye jolok cempdak dah dtebuk

TUPAI mane yg suke TEBUK cmpedak ni...

Tak payah nak berkias2 pantun sbb ada yg tak faham, terus the point...

Puak2 Anwar Ibrahim tak faham.

Manusia bangsat nie kata tak kesah kena tindakan...
Bila dah kena tindakan...bising!!!!
Mcm sibangsat ketum....dah mendubor , TAK mgaku air mani 4cm trtggl....
Nie lah manusia yg gila nak berkuasa tapi lupa Allah swt lebih hebat lagi dpd mrk....
Yg gila nak jadi hakim TAK bertauliah dan rempuh pagar dan mampos nak berguling2 tgh jlnraya tu...korang cuma taik ketum jer...Mana ada ketum peduli korang!!!!BODO

Mak bapak suroh belajar ...
duit dah banyak habis
bukan jadi suroh jadi pengganas...


mahasewel insaf


EmoticonEmoticon