Projek IC atas arahan orang politik peringkat tertinggi — Panel RCI

‎LAPORAN Suruhanjaya Siasatan Diraja, RCI berhubung projek IC besar-besaran di Sabah dilapor telah mendedahkan bahawa 'orang dalam' terlibat dalam menghasilkan IC (kad pengenalan palsu) atas arahan orang politik di peringkat tertinggi.

‎RCI turut dilapor mendedahkan nama-nama pemimpin politik ternama yang terlibat dalam 'projek IC' antaranya bekas menteri persekutuan dan Setiausaha Politik Tun Mahathir, Tan Sri Aziz Shamsudin, Bekas Ketua Menteri Sabah, Tan Sri Harris Salleh, dan bekas Timbalan Menteri Dalam Negeri, Allahyarham Tan Sri Megat Jonet Megat Ayob.

Semua pendedahan ini dilapor berdasar‎kan keterangan saksi-saksi yang telah menceritakan secara terperinci bagaimana 'projek IC' haram dijalankan oleh mereka.

‎Oleh itu segala keterangan yang diperolehi dari saksi-saksi ini menunjukkan 'projek IC' memang benar-benar berlaku di Sabah ditambah dengan fakta bahawa berlaku peningkatan mendadak sebanyak 78% penduduk Sabah dalam tempoh projek IC didakwa berlaku.

Laporan ini menjelaskan kepada kita kenapa hanya 'ikan bilis' yang ditangkap tapi ikan jerung dilepaskan. 'ikan bilis' ditangkap namun tidak dibicarakan, sebaliknya ditahan di bawah ISA. 

Jika 'ikan bilis' didakwa di mahkamah, dari dulu lagi sudah terbongkar siapa dalang 'projek IC' ini.

‎Lagipun, mana boleh tangkap ikan jerung dan ikan paus sebab jerung dan paus ini terlalu besar jangankan pukat, kapal pun tak muat nak menempatkan perut mereka yang dipenuhi makanan 'haram'.

Laporan RCI sudah selesai, ‎kita pun dah dapat kenal pasti siapa dalang 'projek IC'. Kita nak tahu je siapa yang selama ini menjual negara ini demi kepentingan politik, bukan nak buat apa-apa pun.

Jom sambung tidur...

4 Comments

  1. Fuyoo...
    Klu jantan...Bawak ke mahkamah jer!!!
    Cakap2 belakang nie hanya fitnah jerr..
    Harap ada tulur buat laporan ke balai polis...

    ReplyDelete
  2. Kaum Cina dan India sepatutnya berterima kasih kepada Pemimpin Umno terlalu seperti Tunku Abdul Rahman, yang banyak bertanggung jawab mengeluarkan Projek IC kepada Bangsa yang tak mengenang budi dan sekarang jadi Pengkianat, bukan Dr Mahadzir seperti yg di Fitnah...berapa juta Bangsa Cina dan India semasa tu dapat IC tapi kenapa senyap..

    ReplyDelete
  3. Puak2 Pembangkang menjuarai segala Fitnah, selagi Negara aman selagi itu Fitnah akan ditabur, sehingga Negara akan jadi Kucar Kacir dan huru hara.... Barua sungguh Puak2 Pembangkang..

    ReplyDelete
  4. Selagi Anwar Ibrahim, Hadi Awang,Nik Ajis, Mat Sabu tak Mampus, selagi itu Fitnah tak habis..

    ReplyDelete

Post a Comment

Previous Post Next Post

iklan