Kongsi gelap: Tiga soalan untuk DS Zahid Hamidi

SEPERTI ramai di luar sana, saya terkejut membaca laporan berita bertajuk "Accused gambling kingpin Paul Phua 'assisting Malaysia on matters of national security'" yang disiar South China Morning Post pada 31 Disember 2014 (http://m.scmp.com/news/china/article/1637766/gambling-kingpin-paul-phua-accused-making-under-table-payment-macau).

Dalam laporan berita ini, South China Morning Post telah mendedahkan bahawa DS Zahid Hamidi, Menteri Dalam Negeri telah secara rahsia menulis sepucuk surat (http://www.scmp.com/sites/default/files/uploads/2014/12/30/malaysialetter.pdf) kepada pihak FBI Amerika Syarikat menafikan bahawa Paul Phua Wei-seng adalah ahli kongsi gelap 14K dan memohon agar dia dibenarkan pulang ke Malaysia.

Sesiapa yang membaca laporan tersebut akan tahu bahawa Paul Phua sedang dibicarakan di mahkamah Amerika Syarikat atas dakwaan menjalankan suatu operasi perjudian di Caesar's Palace Hotel, Las Vegas sewaktu perlawanan bola sepak Piala Dunia pada pertengahan 2014. Beliau sebelum ini pernah ditahan di dan kemudiannya diusir dari Macau kerana menjalankan operasi perjudian atas talian.

Paling memeranjatkan adalah kenyataan DS Zahid di dalam surat kepada FBI yang berkata bahawa Paul Phua telah "beberapa kali membantu Kerajaan Malaysia di dalam projek-projek berkaitan keselamatan negara".

Di sini saya ingin mengajukan tiga soalan untuk DS Zahid:

1) Adakah surat yang disiarkan South China Morning Post itu sahih dan benar? 

2) Memandangkan perwatakan dan sejarah Paul Phua yang pernah ditangkap dan diusir dari Macau kerana aktiviti perjudian, apakah "projek-projek berkaitan keselamatan negara" yang dimaksudkan oleh DS Zahid ini? Mengapakah beliau dilibatkan?

dan

3) Mengapakah DS Zahid sanggup mempertahan seorang seperti Paul Phua yang jelas terlibat dengan aktiviti perjudian, tetapi diam seribu bahasa apabila Interpol mengeluarkan waran tangkap ke atas Dr Yusuf Al-Qaradawi, seorang ulama' muktabar yang disanjung tinggi, Presiden Persatuan Ulama Sedunia malah Tokoh Maal Hijrah yang diiktiraf Kerajaan Malaysia?

Saya harap DS Zahid akan dapat memberikan penjelasan kepada soalan-soalan di atas, demi meleraikan keresahan di kalangan rakyat tentang isu ini.

Fahmi Fadzil
Pengarah Komunikasi KEADILAN merangkap Naib Ketua Angkatan Muda KEADILAN

3 Januari 2015‎

21 Comments

  1. MANA SURAT TU???

    copy paste n siarkan.



    Tunjuk BUKTI.

    Skrg zaman IP6 n note 3.

    ZAMAN AIR LIUR da berlalu ler milo.

    hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau tak betul kenapa Shafie Abdullah beriya2 mempertahankan tindakan Zahid? Surat menteri yg dihantar secara rahsia ke FBI bukan macam utusan yg melsmbak2 tepi jalan, tongong mintak bukti. Otak orang umno ni memang memeranjatkan.

      Delete
    2. Bodohnya kamu ni, kan dah bagi link semua kat atas tu, patutlah Tun Mahathir kata dalam Umno hanya tinggal orang bodoh...

      Delete
    3. Bodohnya kamu bukti dah dibentang di depan mata tanya lagi mana bukti, nampak sangat tak baca artikel hanya ikut arahan untuk komen dalam blog ni, ini ke kerja kamu sebagai pihak berkuasa? Bodoh dan memalukan!

      http://www.scmp.com/sites/default/files/uploads/2014/12/30/malaysialetter.pdf

      Delete
    4. ada ipong 6..note 3 tak reti guna.. hahahahha.. puak2 tongong memang camtu.. tau bukak lendir ja... hahahahhahahahahhahahaha

      Delete
    5. kesilapan Tun Dr Mahathir yg paling besar adalah pungut anwar dari tepi jalan, dijadikan anak didik, diberikan jawatan n kedudukan & dijadikan pemimpin. Last2 anjing tersebut (anwar ibrahim) jadi pengkhianat, tak kenang budi, n kucar kacir kan negara.

      Delete
  2. puak2 pakatan rakyat x percaya bukti2 kotak besi... diorang cuma percaya dakyah2 dan penipuan pemimpin2 diorang je.. lbh2 lg kalau kata2 keramat yang keluar dari pemimpin anugerah tuhan pakatan rakyat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bukti dari kotak besi (tv3) lah tu. Kalau sampel air mani disimpan dalam almari makan di balai polis untuk berminggu cuma orang terencat akal saja akan percaya ianya asli. Samalah macam orang2 umno baru percaya yg parti dia umno tulin siap buat sambutan 70tahun walhal umnobaru cuma wujud 20 tahun.

      Delete
    2. kisah izzah n lecturer, china doll dll, tv 3 ke siarkan?

      Delete
  3. Satu lagi Fitnah besar yg dilemparkan kepada Pemimpin negara olih geng Pecacai Anwar Ibrahim, di Selangor ramai Pemimpin DAP yg menopoli rumah pelacur, rumah urut, perjudian, gengster kenapa tak bangkitkan isu tu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau rumah2 urut dan pelacuran diserbu, kat mana nanti ko nak melepaskan stim?

      Delete
    2. Lepas stim pakai sabun bolih..

      Delete
    3. apa kata mntk anwar al juburi lps kan stim. confirm dia setuju n siap byr lagi. dia byr bukan ckit. boleh jadi orang kaya segera tu..

      Delete
    4. Kawan. Siapa tawkey judi Toto dsn siapa punya kasino Genting? Selain dari nama2 cina terdapat pula orang2 melayu jadi co-owner. Dan orang2 melayu ni adalah orang2 ternama UMNO.

      Delete
    5. Salah seorang Orang2 ternama Umno, yang dah Kenyiang dan Songlap duit Kerajaan dulu ialah Anwar Ibrahim, bila dah tak dapat peluang tu skg jadi Pengkianat Bangsa..

      Delete
    6. Broo.. Pengkianat2 kepada Bangsa Melayu dalam Umno dulu skg dah join Pakatan, antaranya ialah Anwar Ibrahim, Kamarudin Jaafar(Pas), Bekas MB Selangor Muhammad Taib(Pas)..

      Delete
  4. Apa susah sgt.. kalu tak betul saman je South China Morning Post, kalu buat tk tau.. ade ler tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul2... macam kes china doll dan spenda putih...

      Delete
    2. Kisah China Doll, Spenda Putih, Liwat, Tangkap Khalwat dgn Bini Org,Kisah Banduan, Jam Omega, berebut nak jadi MB, Ice Krim dlm jamban,semua kisah dari Pemimpin Pembangkang. Ini belum termasuk kisah mempersendakan Kalimah Allah untuk kepentingan Politik dan buat Fitnah serta Fatwa Sesat..

      Delete
  5. NUAR ktne NUAR ktne NUAR ktne NUAR ktne...smbil trktar2 tgn nik ajis brtnya pd zemin...kawe xnapok dio pom minnnnn.
    Smbil nik ajis mngis teresak2..

    Geng2 pkr xd isu dohhh.
    Boh dio g main salji mase banjirrr.
    Kehkehkeh

    ReplyDelete
    Replies
    1. Anwar Ibrahim tak g kemana2 pun, dia sibuk menghitung hari untuk berhijrah ke sg buloh, nak lari g Jepun, Kerajaan Jepun tak terima, nak g Indonesia masaalah dgn Yusof Kalla (Tim.Presiden Indonesia)..

      Delete

Post a Comment

Previous Post Next Post

iklan