Friday

Lindungi SKMM dari lantikan politik — AMK


SAYA merujuk laporan media yang mendakwa seorang ahli politik UMNO, Dr Mazlan Ismail mungkin dilantik untuk menggantikan Mohamed Sharil Mohamed Tarmizi sebagai Pengerusi Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM).

Sebelum ini Dr Mazlan pernah bertanding dalam Pilihan Raya Umum lalu dan tewas kepada Anwar Ibrahim.

Kontrak Mohamed Sharil tidak disambung dan wujud dakwaan ada rancangan untuk menggantikannya dengan Dr Mazlan.

Akhbar milik UMNO, Utusan telah mengkritik Sharil dan mempromosikan Dr Mazlan secara terbuka.

Jika ini benar, ia adalah satu perkembangan yang tidak sihat. Ini tidak ada kena mengena dengan kelayakan Dr Mazlan.

Namun, kepentingan awam hanya akan dijaga dengan lebih baik sekiranya badan kawal selia yang penting dipimpin oleh seorang teknokrat.

Ini lebih-lebih lagi kepada badan sepenting SKMM yang mengawal selia media atas talian di Malaysia yang kian memainkan peranan penting.

Adalah penting semua keputusan dan tindakan SKMM dibuat tanpa sebarang keraguan yang dikaitkan dengan kepentingan dan sikap memihak secara politk.

Malah, seorang pengerusi baru yang bakal dilantik nanti mesti meastikan amalan kebebasan bersuara yang banyak dikekang di negara ini terus dihakis.

Oleh kerana itu, saya menggesa pihak bertanggungjawab dalam Kerajaan Persekutuan dan SKMM segera menjelaskan persoalan ini kepada orang ramai.

NIK NAZMI NIK AHMAD
KETUA ANGKATAN MUDA KEADILAN
EXCO PENDIDIKAN, PEMBANGUNAN MODAL INSAN, SAINS, TEKNOLOGI DAN INOVASI SELANGOR

2 comments

Apa sahaja yang Kerajaan Pusat buat semua tak betul, semua tak kena dipehak Puak Pecacai Anwar Ibrahim, lepas tu buat Karangan menegakkan Pemikiran yang Jumud..untuk pengetahuan Nik Nazmi(Pecacai Anwar Ibrahim),ada yg Kerajaan Pusat buat adalah yg terbaik untuk Rakyat, bukan macam PKR berebut2 nak jadi MB..cadangan melantik Dr Mazlan adalah tepat sbb pengerusi SKMM supaya dapat mengawal segala Fitnah Puak2 Pembangkang melalui Maltimedia.takkan kerajaan nak lantik Anwar Ibrahim atau Wan Azizah yg nak menyebuk sgt, lagi pun akhbar utusan bukan milik umno tetapi milik Rakyat Malaysia, bukan seperti akhbar keadilan hanya milik Anwar Ibrahim.

X kan AMK takut bos SKMM yg baru...

Kalu x buat SALAH n mulut x LASER fitnah x perlu takut..
Hehehe relax bro....

Manusia ni mmg xbole byk suara n kene kntrol skit kalu x jhnam smue.

Dlm kluarge kalu anak kite byk bsuara ape jd dlm kluarga kite?
Dlm parti kalu kite byk suara ap jd ng parti kite?
Almtny kite kene goreng n pancung...
Shhhhhhh dok diam2 udah xde sape nk kcau kite.


EmoticonEmoticon