Penahanan Paulsen dan Kerajaan Yang Paranoia — Anwar Ibrahim

PERBEZAAN pendapat dan idea awam adalah aspek yang penting di dalam sebuah demokrasi yang berkembang. Tatkala kebebasan bersuara tidak bersifat mutlak, kedaulatan undang-undang harus bersifat luhur dan setiap pihak berwajib mesti memelihara prinsip demokrasi berparlimen secara tersurat mahu tersirat. Kegagalan perkara ini dijamin, mendorong sebuah Negara menghadapi risiko yang parah.

Justeru, penahanan sewenang-wenang, pendakwaan terpilih dan penghakiman mahkamah yang tersasar nyata sekali bercanggah dengan doktrin ini dan sekaligus mencalar maruah rakyat. Pelanggaran seumpama ini bukan sesuatu yang remeh dalam praktis tatakekola tetapi pasti dilihat sebagai jenayah terbesar ke atas rakyat sebuah Negara yang bertamadun, yang seharusnya berbangga dengan sebuah perlembagaan yang menjamin kebebasan asasi agar dilindungi melalui kedaulatan undang-undang.

Pelanggaran terkini dapat dirujuk kepada penahanan Eric Paulsen pada malam Isnin dan reman selama dua hari berikutan 'tweet' beliau menuduh JAKIM (Jabatan Kemajuan Agama Islam Malaysia) mempromosikan keganasan melalui khutbah Jumaat. Penahanan termasuklah kaedah beliau ditahan adalah manifestasi jelas betapa kedaulatan undang-undang diperlekeh dan kerajaan berada dalam keadaan paranoia.

Apa lagi yang boleh diperkatakan dengan pengerahan satu platun dengan 20 pegawai polis hanya untuk menahan seorang individu tanpa mempertimbangkan bahawa individu tersebut adalah seorang peguam hak asasi ternama? Jika tindakan zalim tersebut hanya untuk mempamerkan tekanan secara terang-terangan, ia telah berjaya membuktikan wujudnya ketidakseimbangan antara kekuasaan dan rakyat bawahan. Di mata sang penguasa zalim, kebebasan asasi sering diketepikan. 'Tweet' seseorang berupaya menjadi bisa kepada orang lain.

Memandangkan beliau tidak didakwa, masih samar atas kesalahan apakah Eric Paulsen akan disabitkan tetapi memandangkan Ketua Polis Negara sendiri telah menyatakan melalui 'tweet' beliau bahawa Paulsen disiasat di bawah Akta Hasutan, peninggalan lapuk era kolonial British. 

Tidak lama selepas mengambil alih tampuk pemerintahan, Perdana Menteri Dato' Sri Najib tidak lama selepas mengambil alih jawatan, PM Dato 'Sri Najib berikrar di atas altar demokratik bahawa beliau akan menghapuskan undang-undang lapuk ini, sayangnya bukan sekadar beliau mengingkar janji, mezbah reformasi demokratik bahawa dia akan menghapuskan sekeping undang-undang ini tetapi bukan sahaja telah beliau mengingkari janji ini, beliau telah melangkaui pemimpin terdahulu dengan mengubah undang-undang tersebut menjadi "sejata pendakwaan" demi mengekang pimpinan pembangkang dan sekalian yang kritikal ke atas pemerintah.

Selain daripada lompongnya kedaulatan undang-undang, reaksi berlebihan ke atas tweet Paulsen juga melambangkan maraknya sikap tidak bertoleransi terhadap agama yang hadir untuk memasung Negara kita yang berbilang bangsa dan agama. Melalui penyemarakan api perkauman melalui syak wasangka, kebencian dan permusuhan menjadi pertaruahan kalangan mereka yang berada di bawah politik naungan. Ramai yang telah terjun ke kancah pertelagahan dengan menggesa tindakan ke atas Paulsen secara tegas atas pendirian mempertahankan maruah umat Islam. Sementelahan ia dilihat hipokrit dan melucukan tatkala kalangan mereka yang teruja ini kononnya maruah mereka tercalar, adalah mereka yang juga terkenal dengan lontaran penghinaan bersifat perkauman dan ancaman keganasan.

Islam telah wujud lebih daripada 1500 tahun tanpa kalangan mereka yang menggelar diri sendiri sebagai pembela keimanan. Sudah pasti Islam mampu bertahan ribuan tahun malah selamanya tanpa mereka. Islam mendorong toleransi dan persefahaman, tatkala mereka mengamalkan permusuhan dan ketaksuban. Islam menyantuni dakwah da perdamaian, tatkala mereka menggesa perselisihan dan perseteruan. Kedua-dua ini, tidak mungkin bersatu.

Bagi sesetengah pihak, 'tweet' Eric Paulsen dilihat melangkaui batasan dan khilaf. Bagi sesetengah pihak yang lain, ia mungkin dilihat kritikan yang berasas. Dalam apa jua keadaan, JAKIM tidak sinonim dengan Islam. Sebagai sebuah agensi di bawah Jabatan Perdana Menteri yang dianggotai oleh manusia biasa, JAKIM tidak sempurna sepenuhnya. Untuk menyatakan bahawa kritikan ke atas JAKIM harus ditafsir sebagai serangan ke atas Islam adalah kemuncak keberanian yang nyata satu penghinaan ke atas Islam itu sendiri.

Hatta jika Paulsen tidak menyebut JAKIM melalui 'tweet' beliau, hakikatnya umat Islam di Negara ini tahu betapa khutbah Jumaat yang disampaikan mempunyai kecenderungan politik dan campur tangan pihak tertentu. Namun menjadi pengetahuan umum bahawa khutbah yang diselaras JAKIM telah beberapa kali melakukan serangan yang tidak munasabah meskipun pelik dan serong, ke atas pembangkang dan pimpinan pembangkang. Menyeru kesederhanaan dan persefahaman kalangan komuniti dan kumpulan agama yang pelbagai di Negara ini tidak menjadi amalan JAKIM. Tetapi di saat mereka melaksanakan perkara tersebut, saya telah menjadi antara yang pertama memuji mereka keranan melakukan perkara yang benar – sebagaimana yang telah saya lakukan dalam satu majlis tahun lepas atas khutbah yang menginspirasikan perihal keperluan komuniti yang pelbagai untuk mendekati dan mengenali antara satu sama lain.

Untuk melabel bahawa Islam bukanlah agama yang ekstrem tetapi dalam masa yang sama menggesa tindakan tegas ke atas Paulsen atas 'tweet' beliau merupakan satu kontradiksi. Hanya mengisytiharkan "Islam adalah agama yang paling sederhana" tidak mencukupi. Kita mesti melaksanakannya. Kendatipun khutbah Jumaat turut menyentuh perihal masyarakat dan kemanusiaan dan jika – sebagaimana didakwa sesetengah pihak – ini tidak disedari Paulsen, maka menjadi kewajiban umat Islam untuk mencerahkan beliau mengenai perkara ini, bukan mengasak beliau dengan kekerasan undang-undang.

ANWAR IBRAHIM

4 Comments

  1. X payah nk ckp itu ini..TERKILAF la..tersalah taip la..
    BERANI BUAT BERANI TNGGUNG..

    Kerana mulut bdn binasa ..
    30 taun yg korg dgor KHUTBH tok katib tu adlah crite2 EXTRIMIS kata si eric..

    ada BTUL KA?
    Aku heran ad gk mlyu islam yg bole sokong sama itu eric..

    ReplyDelete
  2. Nak beri faham manusia dap ini...adoi dlm ALquran sdh dinyatakan dgn jelas bahawa golongan ini tdk2 sekali2 akan redha dgn islam.. mereka tau tp mereka semakin tdk dpt bersabar. Utk meluahkan kebencian kpd islam.malangnya ada jg org islam yg tdk nmpak kelicikan perbuatan buruk mereka atas nama keadilan dan demokrasi.lihat apa dap buat di sabah dan sarawak sekarang.kita patut sedar. Ramai umat islam yg keliru.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dalam Al-Quran tak ada sebut satu perkataan pun pasal DAP. Komen si bodoh....

      Delete
  3. Hikmah di sini adalah umat Islam tanpa mengira parti menolak kafir mghina Islam.
    Berdasarkan beberapa tweeter kafir ini jelas dia pernah merendah2kan martabat ulama dan penganut agama Islam...
    Jika ada yg sanggup berguling2 atas jln raya demi menegakkan agama kira berbaloi dpd berguling2 atau merempuh pagar polis demi pendubor yg tertggl air maninya sdlm 4cm dlm dubor mangsa...oopps juga pelakon lucah video besi...
    Hanya yg menyokong lgbt yg msh setia dgn pendubor TUA nie..

    ReplyDelete

Post a Comment

Previous Post Next Post

iklan