Friday

Selamat tahun baru 2015 buat SPRM — Shamsul Iskandar



KITA melangkah ke tahun baru 2015 dengan penuh keinsafan, mengambil kira beberapa insiden bencana yang menimpa khususnya masyarakat di Pantai Timur amnya dan Kelantan khususnya. Pasti ia bukan sekadar satu bencana alam, tetapi lebih kepada malapetaka buat kalangan mereka yang terjejas teruk, sehingga kehilangan tempat tinggal dan sehelai sepinggang.

Sempena Tahun Baru 2015, tatkala ramai di kalangan kita menanamkan azam baru untuk merencana kehidupan, adalah wajar dan molek kiranya kita menghimbau apa yang telah diisi dan dilaksana sepanjang tahun 2014 untuk kita insafi dan perbaiki menjelang tahun 2015.

Dalam konteks ini saya terpanggil untuk mengucapkan Selamat Tahun Baru 2015 buat Suruhanjaya Pencegaham Rasuah Malaysia (SPRM), dengan harapan agar mereka tidak terlepas pandang akan beberapa laporan yang telah dikemukakan oleh KEADILAN dan Pakatan Rakyat amnya atau saya khususnya, yang mana sepanjang pengamatan yang telah dibuat masih kekal di takuk lama tanpa sebarang tindakan.

Pertama sekali ialah siri-siri laporan melibatkan mantan Menteri Kewangan iaitu Tun Daim Zainuddin. Tidak kurang daripada tiga laporan telah dibuat pada awal tahun 2014 dan gesaan agar tindakan lanjut SPRM diambil juga telah dibuat berkali-kali. Atas justifikasi yang kukuh melalui perincian maklumat di dalam laporan yang telah dikemukakan, seakan-akan dibakulsampahkan oleh SPRM. Sejujurnya tindakan SPRM ini nyata sekali mendukacitakan dalam keadaan Tun Daim langsung tidam diambil sebarang tindakan hatta dipanggil untuk memberi keterangan lanjut. Maka timbul persoalan apakah pendakwaan selektif yang dituding ke atas agensi penguatkuasaan undang-undang termasuklah SPRM ini, merupakan satu kenyataan hakiki yang sebenar-benar berlaku dan bukan satu tudingan liar.

Kedua ialah laporan saya dan Pimpinan Pakatan Rakyat Negeri Melaka mengenai perbelanjaan perkahwinan anak mantan Ketua Menteri Melaka iaitu Tan Sri Mohd Ali Rustam yang dicanang-canang sebagai rekod kehadiran mencecah 130,000 tetamu. Pelbagai keraguan termasuklah notis mesyuarat persiapan majlis tersebut yang melibatkan ketua-ketua agensi kerajaan Negeri Melaka dan juga pengakuan oleh Tan Sri Mohd Ali sendiri yang majlis itu sekadar menelan belanja RM600 ribu. Kedua-dua fakta ini jelas tidak munasabah dan telah dikemukakan ke SPRM untuk tindakan lanjut, namun nyata sekali harapan tinggal harapan.

Dua kes ini, yang pastinya hanyalah dua di kalangan puluhan malah ratusan kes rasuah yang diketengahkan oleh Pakatan Rakyat, merupakan satu bukti jelas betapa SPRM melaksanakan pendakwaan selektif. Alasan ketiadaan dan ketidakcukupan bukti hanya alasan yang dikitar semula untuk mengabsahkan tindakan mereka menyelimuti salahlaku pimpinan Umno-BN dengan kuasa yang mereka ada.

Maka menginsafi jejak langkah di tahun baru 2015, sewajarnya SPRM bertindak serius untuk mengembalikan keyakinan rakyat ke atas akauntabiliti mereka selaku agensi yang berwajib dalam hal-hal pembanterasan rasuah.

Di saat indeks persepsi rasuah menunjukkan Malaysia berada di kedudukan rendah malah lebih corot jika dibanding dengan negara-negara dunia ketiga, ini seharusnya menjadi tamparan buat SPRM di sebalik laungan mereka yang berkobar-kobar mahu membasmi rasuah, tetapi hanya berani memukat ikan bilis tanpa berani menangkap jerung yang bermaharajalela.

Komitmen saya dan Pakatan Rakyat adalah jelas: segala bentuk usaha penambahbaikan dan pemerkasaan SPRM dalam menangani isu rasuah akan senantiasa disokong tanpa gagal. Cuma seeloknya SPRM bermuhasabah agar mereka tidak dilihat condong kepada pihak tertentu demi menjaga periuk nasi sendiri.

Rasuah kekal musuh negara, maka SPRM harus menjadikan rasuah juga selaku musuh mereka yang dibidik dengan senjata yang ada. Moganya senjata yang ada tidak memakan tuannya sendiri, kerana dikhuatiri bukan sekadar rasuah menjadi musuh negara, sebaliknya SPRM juga kelak menanggung akibatnya dek persepsi rakyat yang kian hilang kepercayaan.

Selamat Tahun Baru 2015 buat SPRM. Berkhidmatlah dengan Bebas, laksanakan tugas dengan Telus, serta junjunglah amalan Profesional demi negara yang tercinta.

Shamsul Iskandar Bin Mohd Akin
Ahli Parlimen Bukit Katil
Naib Presiden KEADILAN

2 Januari 2015

9 comments

kau ingat pemimpin2 pakatan rakyat tu suci murni sangat ke? tak pernah ke terfikir mana datangnya kekayaan luar biasa anwar ibrahim n azmin ali? kekayaan luar biasa dua ekor pemimpin tertinggi pakatan rakyat tu pun, dah menunjukkan betapa kotor nya kepimpinan parti tu sendiri. anwar ibrahim pun setakat bekas banduan n bukan businessman pun, tapi kekayaan dia macam ada perniagaan yg bernilai jutaan rggt.

Apa yang luar biasanya? Aku nampak Anwar dan Azmin taklah kaya mana, masih selari dengan pendapatan sebagai Wakil Rakyat dan Ketua Pembangkang.

Aku nampak yang kaya tak hingat adalah Rosmah, senang lenang guna jet kerajaan ke hulu ke hilir pergi bercuti walaupun Najib tak ada...

kau ni saja x nampak ke, atau nak putar belit mcm al juburi? kau tgk diorang tinggal kat rumah biasa2 ke? anwar tu x pernah naik pesawat mewah ke?

VVIP cm ali rostam msti ad bajet bro.
Duit mileage trnspot n elaun luar negri pon ali rostam x habis nk mkn.
Itu pon gua mau crite ke.
Yg si nuar ke HULU ke HILIR dgn brbekal rm1 pon bole kliling seantero dunia x de sape yg ambil pduli HEHEHE hal kelate yg gondol bukt tu cmni ny crite.
Sambil bc QURN tgn bwh meja kire uit masyuk hehe

Sepatutnya SPRM buat siasatan rapi kepada bekas Adun Kajang yang meletak jawatan dan buka laluan kepada Wan Azizah untuk bertanding walaupun pada awalnya Anwar yg akan bertanding kerusi DUN Kajang.. Berapa Juta dia terima dari Anwar Ibrahim.. Siapa kata Anwar takde duit, tengok Banglo dia kat Segambut KL bertaraf Istana bernilai Puluhan Juta Ringgit, dari mana dia dia dapat duit kalau tak songlap duit Kerajaan semasa dia jadi Menteri Keewangan dulu..

Shamsul Iskandar tu TERLAJAK BODOH dia nampak sebelah mata saja.

Shamsul Iskandar Bin Mohd Akin.
Ahli Parlimen Bukit Katil
Naib Presiden KEADILAN.. Kalau dalam Umno dia ni setakat Pen.Ketua Cawangan je..dia menang jadi Naib Presiden Keadilan pun sebab RASUAH..Chegu Bard ada ceta pasal Mangkok ni..

Tengok muka dia pun tak berkenan..cam muka penipu...skandal balak dap pas kelantan kena londeh derrr...ali rustam bagi makan kenduri..rakyat kelantan dap kasi makan lumpur ngan balak bergelimpangan...

Advantageously, the article is really the best on this notable topic. I harmonize with your conclusions and will thirstily look forward to your approaching updates.


EmoticonEmoticon