MB Selangor batalkan projek Lebuhraya KIDEX

KERAJAAN Negeri Selangor mengamalkan pendekatan mengambil kira pandangan orang ramai dalam menentukan kelulusan sesebuah projek agar ia membawa manfaat menyeluruh. Selain dari pembangunan ekonomi, pentadbiran Negeri Selangor turut menitikberatkan sumbangan sosial dan manusiawi dalam setiap projek yang diluluskan. Dasar pembangunan berkualiti, rakyat dipeduli akan menjadi teras dalam setiap pembangunan di Negeri Selangor.

Pertikaian mengenai kelulusan Lebuhraya Kinrara Damansara (KIDEX) sebelum ini banyak berkisar kepada persoalan - persoalan ini. 

Kerajaan Negeri telah menggunapakai maklum balas orang ramai yang terbabit untuk menetapkan syarat - syarat khusus yang perlu dipatuhi. Kerajaan Negeri juga berpendirian bahawa pembinaan lebuhraya dalam Negeri Selangor perlulah bermanfaat bukan sahaja kepada pengguna lebuhraya tetapi juga dinikmati oleh penduduk di mana lebuhraya itu dibina. Pendirian ini telah diluluskan dalam pembentangan Belanjawan Negeri Selangor 2015 di Persidangan Dewan Negeri Selangor pada 24 November 2014.

Justeru, pihak konsesi KIDEX perlu memenuhi syarat - syarat berikut :

1.     Menyediakan Penilaian Impak Lalulintas (Traffic Impact Assessment) yang bebas, Penilaian Impak Sosial (Social Impact Assessment) dan Penilaian Impak Alam Sekitar (Environmental Impact Assessment). Kajian - kajian ini perlu membuktikan manfaat yang ternyata kepada pihak pengguna dan penduduk kawasan yang terlibat setelah mengambil kira kesan negatif yang timbul akibat pembinaan lebuhraya tersebut.

2.        Mendedahkan kadar tol sepanjang tempoh konsesi termasuk segala kenaikan tol yang ditetapkan dalam konsesi. Pihak konsesi perlu memberikan anggaran rasmi jumlah tol yang akan dikutip dan kadar pulangan kepada pelaburan (rate of return to investment).

3.        Mendedahkan perjanjian konsesi sepenuhnya untuk mematuhi dasar kerajaan Pakatan Rakyat yang menegaskan ketelusan dan kebertanggungjawaban.

Kerajaan Negeri telah memaklumkan kepada KIDEX untuk mematuhi syarat - syarat ini sebelum 14 Februari 2015. Oleh kerana tidak ada satu pun syarat - syarat ini yang dipatuhi oleh KIDEX setelah tempoh masanya tamat, maka Kerajaan Negeri Selangor dengan ini mengumumkan pembatalan Projek Lebuhraya Kinrara Damansara (KIDEX).

Pendekatan yang sama akan digunakan dalam mempertimbangkan permohonan kelulusan oleh lebuhraya - lebuhraya lain yang dicadangkan di bawah bidang kuasa Kerajaan Negeri Selangor.

MOHAMED AZMIN ALI

2 Comments

  1. ambil kira pendapat rakyat ke, x mampu?? dulu pun, banyak idea dan projek Tun Dr Mahathir buat, tapi dapat tentangan dan hinaan banyak pihak. Antaranya lebuhraya chang lun di kedah. Tindakannya mengikat matawang negara pada tahun 1997-1998 juga mendapat cercaan dari pelbagai pihak, baik dalam mahupun luar negara. Begitu juga pembinaan putrajaya. Dulu, ramai yang kata membazir, terutamanya pembangkang yang berpemikiran sempit. Tapi sekarang, puak2 PR (pakatan rakus) menjilat ludah sendiri kerana berebut rebut nak tawan putrajaya. Itu hanya sebahagian contoh. Hakikatnya, hasil kebijaksanaan Tun, byk lagi idea dan pembangunan yang dilakukan oleh beliau dimana awlnya mendapat tentangan, hinaan dan cercaan banyak pihak, tetapi setelah berjaya dilaksanakan, faedahnya dapat kita nikmati hingga hari ini.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang yang dibuat itu membazir wang yang ada. Banyak lagi projek yamg boleh menguntungkan rakyat dan negara. Projek ini ialah proses pemindahan wang kepada kroni dengan belanja pembangunan melalui proses tender dan kontrak. Kalau tak percaya buat kos analisis projek nilai dari segi sosial dan ekonomi secara telus.

      Delete

Post a Comment

Previous Post Next Post

iklan