Tuesday

Petisyen Pengampunan kepada Agung inisiatif keluarga — Nurul Nuha


Assalamualaikum dan salam hormat.
 
Segala puji bagi Allah yang Maha Kuasa.
 
Bagi pihak keluarga kami, saya dengan penuh rasa rendah diri ingin menyampaikan rasa terharu dan bersyukur ke hadrat Illahi dengan sokongan dan semangat solidariti daripada rakan-rakan serta para penyokong di dalam dan dari luar negara.
 
Hari ini merupakan minggu kedua ayah kami Datuk Seri Anwar Ibrahim ditahan sebagai tahanan politik Malaysia.
 
Atas inisiatif keluarga, kami memutuskan untuk menghantar petisyen kepada Duli Yang Maha Mulia Almu'tasimu Billahi Muhibbuddin Tuanku Al-Haj Abdul Halim Mu'adzam Shah ibni Almarhum Sultan Badlishah Yang Dipertuan Agong - berdasarkan berlakunya pengenepian prinsip-prinsip keadilan dan pembelaan daripada penganiayaan fitnah ke atas Yang Berhormat Datuk Seri Anwar Ibrahim.
 
Mahkamah mungkin telah menjatuhkan hukuman bersalah tetapi, namun ayahanda kami tidak bersalah. Justeru itu kami membuat permohonan petisyen bersandarkan Perkara 42 Perlembagaan Persekutuan.
 
Kami meletakan keyakinan kepada proses perlembagaan ini serta percaya prinsip keadilan akan ditegakkan apabila kesemua fakta-fakta diteliti secara menyeluruh tanpa campur tangan politik maupun mana-mana cabang kerajaan bersesuian dengan prinsip pemisahan kuasa melalui intitusi Raja Berperlembagaan.
 
NURUL NUHA ANWAR
Penyelaras
#March2Freedom

7 comments

nurul nuha dh mula bersuara.. x lama lg bertambah la ahli tertinggi parti anak beranak ni.mak bapak n 2 ekor anak perempuannya.

oops sory.. 2 ekor anak betinanya

Tak boleh ke beradap dalam kata-kata anda? Siapa anda berbanding keluarga Anwar?

siapa anwar yg kau nak sanjung n bela sgt tu? setakat peliwat tua berstatus banduan dan juga penyokong israel..

Lantak pi lah itu urusan keluarga mereka. Kalau kena keluarga kau org pun sama juga

Suruh adab bila berkata tentang Anwar. Tapi dia orang hina, fitnah, gelar yg bukan2 kepada pihak lain dibolehkan. Sudahlah nak kata orang kamu tu lagi teruk

Nape kamu sekeluarge x bela anwar masa kt mahkamah..jd saksi pn tanak..dh jatuh hukum br terhegeh2 nk bela ayahanda..sampai hati kamu sekeluarga..


EmoticonEmoticon