Saturday

Polis halang peguam bertemu Adam Adli dan Fariz Musa


SALAH seorang dari para peguam yang mewakili Adam Adli dan Fariz Musa, melalui laman twitter melontarkan persoalan apabila dihalang bertemu dengan anak guam mereka di Lokap Jinjang.

‎Peguam, Mitchell Yesudas di laman twitter menulis,

"‎According to CPC, clients are entitled to legal counsel, why are the police denying our entry to see our clients?"

(Mengikut Kanun Prosedur Jenayah, tertuduh dibenarkan untuk mendapatkan peguam. Kenapa polis halang kami masuk untuk bertemu anak guam?)

Himpunan Aman, solidariti untuk Anwar Ibrahim, #KitaLawan yang berlangsung di depan SOGO petang tadi berakhir dengan penangkapan aktivis anak muda, Adam Adli dan pemimpin KEADILAN yang juga Ketua Koordinator Jingga 13 Malaysia, Saudara Fariz Musa.

Berikut gambar-gambar ketika Adam Adli dan Fariz Musa ditahan polis petang tadi. Adam ditahan oleh polis berpakaian biasa manakala Fariz Musa ditahan oleh anggota polis memakai 'vest' hijau.


Pihak polis disifatkan melanggar undang-undang apabila menghalang para peguam untuk bertemu‎ dengan anak guam mereka di Balai Polis Jinjang sedangkan, hak memperolehi wakil peguam oleh 'orang kena tahan' termaktub dan dijamin dalam perlembagaan.


1 comments so far

Hak aku utk bersiar bebas dkawasan situ? Terganggu & amat tidak tenteramnya aku dgn kelaku ko yg terkinja2 menghalang aliran pelajan kaki & trafic. Mendatangkan kegerunan kpd anak2 kecil.


EmoticonEmoticon