Monday

#1MDB: Cukup bukti untuk dakwa Jho Low, Shahrol dan Najib — Rafizi Ramli


SAYA meneliti pendedahan oleh laman Sarawak Report yang menunjukkan bagaimana Jho Low menyatakan bahawa Perdana Menteri, Dato' Seri Najib Tun Razak bersetuju dengan urusniaga 1MDB yang kini mengundang kontroversi.

Lebih mengejutkan, dalam satu komunikasi dengan PetroSaudi, Jho Low secara berani menyatakan bahawa pemindahan wang dari PetroSaudi ke 1MDB tidak memerlukan kelulusan Bank Negara Malaysia yang secara jelas melanggar Akta Pengubahan Wang Haram (Anti Money Laundering Act).

Ini menguatkan lagi saranan saya sebelum ini bahawa Jho Low dan bekas CEO 1MDB, Dato' Shahrol Halmi telah terbukti melanggar Akta Pengubahan Wang Haram apabila memindahkan wang tanpa menyatakan siapa penerima akhir seperti yang terkandung di dalam email yang didedahkan oleh Sarawak Report.

Bukti-bukti setakat ini menunjukkan bahawa Jho Low dan Dato' Shahrol Halmi boleh disiasat dan didakwa bagi sekurang-kurangnya dua kesalahan iaitu:

1) melanggar Akta Pengubahan Wang Haram (Anti Money Laundering Act)

2) pecah amanah (criminal breach of trust)

Oleh yang demikian, saya menggesa supaya mereka segera disiasat dan didakwa. Saya sendiri akan membuat satu laporan polis terhadap Jho Low, Dato' Shahrol Halmi dan Dato' Seri Najib Tun Razak pada hari esok 10 Mac 2015 jam 3 petang di IPD Dang Wangi supaya kes ini dapat disiasat segera dengan bukti-bukti yang telah jelas.

Rafizi Ramli
Naib Presiden/Setiausaha Agung 
Ahli Parlimen Pandan

9 Mac 2015

1 comments so far

Kerana MDB ... Semua pelabur lari dari MalaysiaL ... Ekonomi dan pasaran saham jatuh dek mr piglet low dan cincin rosmah.. Celaka betul suami najis nih


EmoticonEmoticon