Tuesday

Pembelian panik menjelang 1 April bukti rakyat tak percaya temberang menteri


‎ORANG ramai berpusu-pusu ke pasaraya untuk membeli pelbagai barangan terutama barang keperluan harian menjelang perlaksanaan cukai GST pada 1 April 2015‎.

Boleh dilihat dengan jelas rak-rak tempat pameran barangan di salah sebuah gedung membeli belah licin, ada juga pengguna yang memborong pampers sebanyak mungkin.

Corak perbelanjaan yang disifatkan sebagai pembelian 'panik' ini tidak lain dan tidak bukan susulan kebimbangan orang ramai terhadap kenaikan harga barang apabila cukai GST dilaksanakan nanti.

‎Ini menunjukkan satu mesej jelas bahawa rakyat tidak percaya dengan temberang menteri yang mengatakan kononnya harga barang akan turun apabila cukai baru GST dilaksanakan bermula 1 April 2015.

Jika kenyataan menteri diyakini, sudah tentu orang ramai akan menunggu sehingga 1 April untuk berbelanja kerana pada waktu itu harga barang keperluan harian sudah turun hasil perlaksanaan cukai baru GST seperti kata menteri.

‎Ini juga menunjukkan bahawa ratusan juta wang rakyat yang dibelanjakan kononnya untuk memahamkan rakyat tentang cukai GST sia-sia dan tiada erti, sekadar memberi projek untuk mengayakan kroni.

Teruskan bantahan kita!
GST — Golongan Susah Tertindas
Hapus Cukai Rakus!


EmoticonEmoticon