Friday

Senarai tangkapan hari ke 46 Anwar Ibrahim dipenjarakan


SENARAI kes penangkapan sehingga 27 Mac 2015, hari ke-46 Anwar Ibrahim dipenjarakan

5 Feb 2015: Peguam hak asasi manusia Eric Paulsen didakwa di bawah Seksyen 4(1)(c) Akta Hasutan setelah mengeluarkan kenyataan mengenai JAKIM di Twitternya pada 9 Jan 2015. Eric Paulsen ditahan polis pada 10 Jan 2015.

11 Feb 2015: Kartunis Zunar atau nama sebenarnya, Zulkiflee SM Anwar Ulhaque ditahan polis berhubung tulisan di Twitternya yang mempersendakan institusi kehakiman selepas Mahkamah Persekutuan menjatuhkan hukuman penjara lima tahun terhadap Dato' Seri Anwar Ibrahim. Zunar disiasat di bawah Akta Hasutan 1948.

19 Feb 2015: Setiausaha Agung Parti Sosialis Malaysia (PSM) S. Arutchelvan ditahan polis di bawah Akta Hasutan berhubung satu kenyataan yang didakwa berbaur hasutan di internet berkaitan keputusan kes mahkamah Dato' Seri Anwar Ibrahim pada 10 Februari 2015.

20 Feb 2015: Aktivis Lawrence Jeyaraj ditahan polis berhubung tulisan di Laman Facebook miliknya yang mempersendakan institusi kehakiman selepas Mahkamah Persekutuan menjatuhkan hukuman penjara lima tahun terhadap Dato' Seri Anwar Ibrahim. Lawrence Jeyaraj disiasat di bawah Akta Hasutan 1948.

21 Feb 2015: Aktivis Adam Adli Abdul Halim ditahan di bawah Seksyen 143 Kanun Keseksaan dan Akta Perhimpunan 2012 kerana menganjurkan Himpunan #KitaLawan pada 21 Feb 2015.

21 Feb 2015: Pemimpin NGO JIngga 13 Fariz Musa ditahan di bawah Seksyen 143 Kanun Keseksaan dan Akta Perhimpunan 2012 kerana menganjurkan Himpunan #KitaLawan pada 21 Feb 2015.

22 Feb 2015: Ketua AMK Nik Nazmi ditahan di bawah Seksyen 143 Kanun Keseksaan dan Akta Perhimpunan 2012 kerana Himpunan #KitaLawan pada 21 Feb 2015.

7 Mac 2015: Ketua AMK Kelana Jaya Saifullah Zulkifli ditahan polis sejurus selepas perhimpunan #KitaLawan di bawah Akta Perhimpunan Aman (PAA) dan Seksyen 143 Kanun Keseksaan.

8 Mac 2015: Ketua AMK Nik Nazmi Nik Ahmad ditahan polis susulan penglibatannya dalam Himpunan 307. Nik Nazmi ditahan bawah Seksyen 9(5) Akta Perhimpunan Aman (PAA) dan Seksyen 143 Kanun Keseksaan. Nik Nazmi ditahan dua hari dan dibebaskan jam 8.20 malam pada 10 Mac 2015.

10 Mac 2015: Setiausaha Agung KEADILAN Rafizi Ramli ditangkap ketika hadir ke ibu pejabat polis daerah (IPD) Dang Wangi di Kuala Lumpur untuk membuat aduan isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB). Rafizi ditahan jam 7 malam bagi siasatan di bawah Seksyen 143 Kanun Keseksaan dan Seksyen 9(5) Akta Perhimpunan Aman. Beliau dibebaskan dengan jaminan polis jam 9.10 malam selepas keterangannya diambil.

10 Mac 2015: Pemimpin NGO Jingga 13 Fariz Musa ditahan polis susulan penglibatannya dalam Himpunan 307, di bawah Seksyen 9(5) Akta Perhimpunan Aman dan Seksyen 143 Kanun Keseksaan.

11 Mac 2015: Bendahari Pemuda PAS, Fakhrul Razi Mokhtar ditahan polis kerana menyertai perhimpunan #KitaLawan pada 3 Mac 2015. Beliau yang juga Sekretariat #KitaLawan ditahan ketika memberi keterangan di Ibu Pejabat Polis Dang Wangi berhubung perhimpunan #KitaLawan di bawah Seksyen 143 Kanun Keseksaan dan Seksyen 9(5) Akta Perhimpunan Aman.

14 Mac 2015: Ketua Pemuda DAP Teo Kok Seong ditahan polis serta-merta sebaik beliau hadir di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi bagi memberi keterangan berkaitan penyertaannya dalam demonstrasi #KitaLawan di ibu kota pada 7 Mac 2015. Teo Kok Seong disoal siasat di bawah Seksyen 143 Kanun Keseksaan dan Seksyen 9(5) Akta Perhimpunan Aman.

14 Mac 2015: Aktivis Adam Adli ditahan polis selepas terlibat dalam Himpunan Kita Lawan di depan Sogo Kuala Lumpur.

14 Mac 2015: Aktivis BERSIH Mandeep Singh ditahan polis selepas terlibat dalam Himpunan Kita Lawan di depan Sogo Kuala Lumpur.

16 Mac 2015: Naib Presiden KEADILAN Nurul Izzah ditahan polis serta-merta sebaik beliau hadir di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi bagi memberi keterangan berhubung isu beliau mewakili Ketua Pembangkang Dato' Seri Anwar Ibrahim membaca ucapan perbahasan Titah Diraja pada 10 Mac 2015. Nurul Izzah disoal siasat di bawah Akta Hasutan.

17 Mac 2015: Aktivis S Jayathas ditangkap polis dan disiasat di bawah Kanun Keseksaan berhubung Himpunan #KitaLawan.

20 Mac 2015: Naib Presiden KEADILAN Tian Chua ditahan di Lokap Jinjang dan disiasat di bawah Seksyen 143 Kanun Keseksaan berkenaan Himpunan #KitaLawan.

20 Mac 2015: Ketua Pemuda PSM Bawani KS disiasat berkenaan Himpunan #KitaLawan dan dibebaskan pada hari yang sama.

20 Mac 2015: Aktivis mahasiswa Fahmi Zainol disiasat berkenaan Himpunan #KitaLawan dan dibebaskan pada hari yang sama.

22 Mac 2015: Peguam hak asasi manusia Eric Paulsen ditangkap buat kali kedua di bawah Akta Hasutan setelah mengeluarkan kenyataan mengenai Hudud di Twitternya.

23 Mac 2015: Peguam hak asasi manusia Michelle Yesuda dimaklumkan oleh polis akan disiasat berhubung kenyataan di twitternya mengenai ancaman bunuh dan rogol terhadap penyampai stesen radio BFM Aisyah Tajuddin yang didakwa menghina hudud.

23 Mac 2015: Setiausaha Publisitii DAP MP Tony Pua disiasat di bawah Akta Hasutan berhubung kenyataan di twitternya yang mengandungi frasa kata "Royal my foot" sejurus selepas MP Nurul Izzah ditahan oleh polis pada 16 Mac 2015.

23 Mac 2015: TIga orang staf stesen radio BFM disiasat di bawah Seksyen 298 Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia berhubung kandungan BFM yang didakwa menghina hudud.

23 Mac 2015: Seramai 80 aktivis dan ahli politik oposisi yang membantah cukai barangan dan perkhidmatan (GST) di kompleks Jabatan Kastam Diraja Malaysia di Kelana Jaya ditangkap polis selepas enam jam berada di situ. Kemudian 3 lagi ditangkap semasa bersolidariti bersama tahanan di luar balai polis. Pada 24 Mac 2015, seramai 29 peserta protes termasuk beberapa ahli Parlimen Pakatan Rakyat ditahan reman selama dua hari di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Shah Alam. Pada 25 Mac 2015, seramai 25 peserta protes didakwa di Mahkamah Sesyen Petaling jaya di bawah Seksyen 21(1)(d) Akta Perhimpunan Aman yang dibaca bersama dengan Seksyen 447 Kanun Keseksaan atas kesalahan menceroboh.

25 Mac 2015: Polis akan memanggil pengarang Roketkini, Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata pada waktu malam 24 Mac 2015, selepas organ rasmi DAP itu berkongsi satu artikel di Twitter menuduh polis menjadi "pak turut" Umno.

26 Mac 2015: Pensyarah kanan Universiti Malaya Dr Khoo Ying Hooi yang juga kolumnis The Malaysian Insider, ditangkap dan disiasat mengikut Seksyen 500 Kanun Keseksaan atas dakwaan memfitnah atas artikel bertajuk "Who Owns the Police" (Siapa Memiliki Polis) yang muncul dalam portal The Malaysian Insider pada 16 Mac 2015.

27 Mac 2015: 6 orang peserta protes Duduk Bantah secara aman iaitu ADUN Teja Chang Lih Kang, ADUN Simpang Pulai Tan Kar Hing, aktivis Chee Chu Sang, Michael Tamil AL, Gan Zhi Mou dan Yong Ming Chong ditangkap polis pada tengah malam. Selepas ditangkap, salah seorang daripada mereka iaitu Saudara Chee Chu Sang telah terpaksa dibawa ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk mendapatkan rawatan setelah mengalami kecederaan sebelum dibawa ke Lokap. Difahamkan mereka telah ditahan bawah seksyen 186 (menghalang penjawat awam dari melaksanakan tugas) dan 353 (mengguna kekerasan jenayah bagi menakutkan penjawat awam dari melaksanakan tugas) Kanun Keseksaan.

27 Mac 2015: Setiausaha Agung KEADILAN Rafizi Ramli ditahan di bawah Akta Hasutan berkaitan sebuah pekeliling yang diedar beliau mengenai Himpunan‪#KitaLawan‬28 Mac 2015.


EmoticonEmoticon