Tetamu dilarang sebar gambar perkahwinan mewah anak perempuan PM

ORANG ramai dijangka sukar untuk menyaksikan gambar-gambar atau video kemewahan majlis perkahwinan anak perempuan Perdana Menteri‎, Noornajwa dengan lelaki dari Kazakhstan, Daniyar Nazarbayev yang berlangsung malam tadi di Convention Centre, Kuala Lumpur. 

‎Ini berikutan satu arahan bertulis melarang para tetamu daripada menyebar atau berkongsi gambar-gambar perkahwinan mewah tersebut di media sosial seperti facebook, twitter dan instagram.

Di bawah ini mesej larangan yang dimaksudkan didedahkan oleh salah seorang tetamu yang menghadiri majlis itu.


‎Sebelum ini aku pun ada cuba mengorek rahsia perbelanjaan majlis perkahwinan mewah anak perempuan Najib ini melalui seorang kawan yang terlibat menguruskan salah satu bahagian dalam majlis‎ namun usaha aku gagal.

Kawan aku memohon maaf kerana tidak dapat memberikan maklumat yang aku pinta. Menurut kawan aku lagi, dia telah menandatangani satu perjanjian untuk merahsiakan segala butiran majlis peekahwinan tersebut sebelum dianugerahkan 'kontrak' bagi menjayakan majlis tersebut.

Segala tindakan ini sebenarnya meningkatkan lagi semangat ingin tahu rakyat terhadap perkahwinan mewah anak Perdana Menteri. Aku yakin jika ada 'bangkai gajah'‎ pasti ia tidak mampu ditutup kerana bau busuknya terlalu menusuk hidung.

"Apakah yang cuba disorok?"

Post a Comment

Previous Post Next Post

iklan