Sunday

YB Teo Kok Seong, Mandeep dan Adam Adli direman 3 hari #KitaLawan


KETUA Dapsy yang juga merupakan Ahli Parlimen Rasah Negeri Sembilan, YB Teo Kok Seong, ‎bersama pegawai BERSIH, Mandeep dan Aktivis Mahasiswa, Adam Adli direman 3 hari dipercayai berhubung Himpunan #KitaLawan di Ibu Negara.

Peguam dari Lawyers for Liberty, Eric Paulsen memberitahu, Majistret Erry Shahriman membenarkan tahanan reman selama tiga hari terhadap Mandeep dan Adam Adli dengan alasan ‎'flights risk' (berisiko melarikan diri).

‎Keputusan oleh Majistret itu menerima reaksi mengejutkan dari para peguam dan orang ramai terutama menerusi akaun twitter.

Ramai ‎yang mempersoalkan asas kepada alasan 'flight risks' tersebut sedangkan pihak polis langsung tidak menyebut perihal 'flight risks' dalam hujah permohonan reman mereka.

Adam Adli dan Mandeep sering kali berkampung di hadapan Balai Polis di dalam menunjukkan solidariti kepada rakan-rakan yang ditahan polis sebelum ini.

Malah ini juga bukanlah kali pertama mereka ditangkap atau dengan kata lain, lokap dan jalanraya boleh dikatakan sudah menjadi darah daging golongan aktivis seperti mereka.

"Lawan tetap lawan!"


EmoticonEmoticon