Anwar Ibrahim iringi jenazah ayahanda dalam kawalan ketat

ANWAR Ibrahim yang kini sedang menjalani hukuman penjara 5 tahun, dibenarkan mengiringi jenazah‎ ayahandanya ke tanah perkuburan namun dengan kawalan ketat puluhan kakitangan pihak berkuasa penjara.


Malang bagi Datuk Seri Anwar Ibrahim, semasa kali pertama beliau dipenjara, ibunya meninggal dunia. Pada masa itu, dalam keadaan berkerusi roda dan bergari, Anwar dibenarkan untuk memberi penghormatan terakhir kepada ibunda tercinta.

Buat kali kedua saudara kita, Anwar dipenjara, ayahandanya pula meninggal dunia‎. Dato Ibrahim Abd Rahman, ayah kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim dilapor menghembuskan nafas terakhir di Hospital Serdang sekitar jam 1:45 pagi tadi.

‎Anwar dibenarkan untuk memberi penghormatan terakhir kepada jenazah ayahnya. Bagaimanapun ini menyaksikan kawalan ketat daripada puluhan kakitangan pihak berkuasa penjara yang dilaporkan lengkap dengan senjata semi-automatik bagi memastikan Anwar Ibrahim tidak melarikan diri.

Sungguh berat ujian demi ujian yang terpaksa ditempuh oleh Anwar Ibrahim. Semoga Allah terus memberikan kekuatan dan ketabahan kepada beliau dan keluarga untuk terus memperjuangkan masa depan negara.




Jangan lupa! 

#KitaLawanGST‎ | 1 Mei 2015 | KL | Hitam

Satu juta rakyat berpakaian hitam berhimpun secara aman membantah cukai GST! Khabarkan kepada semua!

Hapus Cukai RAKUS!
GST — Golongan Susah Tertindas

Post a Comment

Previous Post Next Post

iklan