Ayah Halim, bapa aktivis Adam Ali meninggal dunia

‎BAPA kepada Adam Adli, Ayah Halim baru sahaja meninggalkan kita. Kehilangannya sangat dirasai, terutama di kalangan aktivis anak muda. Seorang ayah yang very 'supportive' dan memahami perjuangan anak muda.

Almarhum Ayah Halim terlibat dalam satu kemalangan awal pagi tadi. Difahamkan Allahyarham yang ketika kejadian menunggang motorsikal tidak dapat mengelak sebuah kereta yang 'break' mengejut secara tiba-tiba menyebabkannya melanggar bahagian belakang kereta tersebut.

Dalam masa yang sama sebuah kereta dari belakang telah merempuhnya mengakibatkan Ayah Halim jatuh ke kanan jalan sebelum dirempuh oleh sebuah lagi kenderaan dari arah bertentangan.

‎Semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan kekasih Allah.

Al Fatihah...

Post a Comment

Previous Post Next Post

iklan