Wednesday

Cukai GST bantu kurangkan beban rakyat


TAJUK berita pelik dari akhbar tempatan tentang cukai GST, "GST bantu kurangkan beban rakyat" — ‎nampak tajuk berita ini macam bodoh, tapi sebenarnya propaganda 'mengelirukan' seperti ini telah berjaya menipu sebahagian orang yang tidak faham tentang apa itu cukai GST.

Kali pertama aku terpandang keratan akhbar ini, terus aku teringat dengan salah seorang warga emas di kampung aku‎, apabila aku tanya dia sama ada dia sokong GST atau tidak?

Jawapan yang diberikan sangat mengejutkan, kata dia "kerajaan nak beri duit kita ambik‎lah, undi rahsia..." dari situ aku faham, bahawa dia menyangka GST itu adalah sejenis pemberian kerajaan seperti BR1M.

‎Warga emas yang aku maksudkan ini bukanlah penyokong kerajaan Barang Naik, setahu aku dia penyokong PAS. Tapi dia menyangka GST adalah pemberian bantuan kewangan dari kerajaan.

‎Jika penyokong PAS tegar seperti dia ini pun boleh terkeliru dengan cukai GST, apa lagi penyokong-penyokong tegar Barang Naik yang lain, tentu mereka sanggup bermati-matian menyokong dan mempertahankan cukai GST tanpa mengetahui apakah yang disokong itu.

"Kesian orang kampung, hari² ‎kena tipu..."



Jangan lupa! 

Tandatangan dan sebarkan, Petisyen bantah Cukai Rakus! #BantahGST

Sila klik laman web — bantahgst.com 

 ‎



EmoticonEmoticon