Mata pelajaran 'Minda Mahathir' indoktrinasi yang memakan diri

MINDA Mahathir merupakan satu mata pelajaran wajib di Universiti ‎Teknologi Mara, UiTM satu masa dahulu. Aku tak pasti sama ada para pelajar UiTM hari ini masih diwajibkan mengambil subjek itu.


Subjek ini diwajibkan di universiti bukan untuk mengajar pelajar berfikir seperti Mahathir, apa lagi untuk mendidik pelajar menjadi Perdana Menteri Malaysia. Sebaliknya, ia diwajibkan di universiti supaya para pelajar ini percaya Mahathir seorang pemimpin hebat, pemikir ulung, ‎malah seorang lagenda.

Tujuan ia diajarkan supaya para pelajar ini semua nanti keluar ke alam lepasan universiti sebagai golongan-golongan yang mengagumi ‎Mahathir. Mereka ini pula nanti akan mengajak orang-orang lain supaya mengagumi Mahathir seperti mereka.

Ini hanyalah sebahagian daripada banyak lagi strategi jentera propaganda yang dibina untuk menjalankan proses indoktrinasi agar rakyat mengagumi dan mengagungkan Mahathir.

‎Jelas tujuan indoktrinasi jenis ini pada asalnya untuk kebaikan parti pemerintah, Barisan Nasional mengekalkan kuasa. Di mana golongan yang sudah di 'brain washed' ini bukan sahaja akan kekal menyokong BN, malah mengajak orang lain menyokong BN.

Namun hari ini, ia nampaknya telah bertukar kepada apa yang dikatakan, ‎'senjata makan tuan' apabila orang yang dijadikan 'idol' untuk dikagumi itu telah menggunakan pengaruhnya yang dibina oleh pemerintah untuk menjatuhkan mana-mana pemimpin BN yang tidak disukainya.

‎Pelaburan besar telah dibuat berpuluh tahun, agar rakyat mengagumi Mahathir, kini pelaburan lebih‎ besar perlu dibuat oleh kepimpinan Najib Tun Razak agar para pengkagum Mahathir ini dapat ditawarkan dan otak-otak mereka boleh kembali berfikir seperti mana ia patut berfikir.



Post a Comment

Previous Post Next Post

iklan