Sunday

Ribut kencang melanda Taman Sri Sentosa Kuala Lumpur (gambar)


PETANG tadi dilaporkan satu ribut kencang berlaku di Taman Sri Sentosa, Kuala Lumpur sekitar jam 15:40 petang menyaksikan beberapa batang pokok tumbang menimpa kenderaan yang diletakkan berhampiran.

Difahamkan lebih 10 buah kenderaan rosak manakala sebuah premis perniagaan (warung) terjejas teruk apabila turut dihempap pokok besar di bahagian bumbung hadapan.

Pihak berkuasa jabatan bomba telah bergegas ke tempat kejadian bagi memotong dan memindahkan batang-batang pokok yang menghalang lalu lintas di taman berkenaan.

‎Tiada kemalangan jiwa dilaporkan.


EmoticonEmoticon