Wednesday

Serangan Tun Mahathir ke atas Najib disiar dalam akhbar di Jepun


‎UMUM mengetahui serangan keras mantan Perdana Menteri Malaysia, Tun Mahathir ‎ke atas Perdana Menteri Malaysia, Najib Razak yang berkisar tentang skandal 1MDB, pembelian jet peribadi baru, isu pembunuhan model Altantuya dan lain-lain.

Bukan itu sahaja, malah Tun Mahathir mahu Najib Razak meletak jawatan kerana pentadbirannya disifatkan jauh lebih lemah berbanding perdana menteri sebelumnya, iaitu Tun Abdullah Badawi yang turut sama dihentam teruk oleh Tun Mahathir sebelum ini.

‎Ketegangan mereka berdua nampaknya tidak sahaja menjadi pilihan muka depan akhbar-akhbar di Malaysia, malah sudah sampai ke Jepun apabila salah satu akhbar di negara itu, Nikkei Shinbun dikatakan turut melaporkan tentang serangan keras Tun Mahathir ke atas Najib.

Salah seorang pengguna facebook membuat dakwaan itu sambil berkongsi foto laporan akhbar berkenaan‎ di laman facebook miliknya.


Kalau tanya aku kenapa Tun Mahathir nampaknya begitu 'all out' menyerang Najib? Jawapan aku mudah.

‎"Mukhriz Mahathir to be Prime Minister before 2020"


EmoticonEmoticon