Polis Australia buat serbuan susulan laporan penipuan pembelian hartanah MARA

POLIS Australia dilaporkan segera membuat beberapa serbuan selepas laporan The Age bertajuk ‎"Corrupt Malaysia money distorts Melbourne market" — The Age
menjadi perhatian antarabangsa.

‎Polis Persekutuan Australia dilaporkan merampas beberapa komputer dan fail daripada kediaman Vermont South pagi ini, dan lebih banyak serbuan akan dibuat selepas ini.

Siasatan itu bermula selepas akhbar Australia, The Age melaporkan tentang pegawai "atasan" Mara, pegawai kanan dan bekas ahli politik menggunakan jutaan ringgit dana awam membeli sebuah blok pangsapuri di Melbourne menerusi satu penipuan hartanah.‎

‎Akhbar berpengaruh Australia, The Morning Herald mendakwa pemaju bangunan itu di Australia mengeluarkan invois palsu yang membutirkan kononnya perkhidmatan "jururunding dan nasihat" daripada firma Malaysia.

Memetik rekod hartanah dan emel sulit, laporan itu berkata rakyat Malaysia terbabit dalam urus niaga itu meminta rasuah A$4.75 juta (RM13.8 juta) dan menjamin kerajaan Malaysia akan membayar pembelian bangunan berkenaan.‎

Nampaknya sekali lagi nama Malaysia terkenal ke seluruh dunia kerana perbuatan rasuah. 

Pihak berkuasa Australia nampaknya ‎hilang sabar apabila perlakuan rasuah yang melibatkan pemimpin politik dari Malaysia ini telah menjejaskan pasaran hartanah negara mereka.

"Satu persatu wajah-wajah perompak duit rakyat didedahkan, giliran siapa selepas ini?‎"

Post a Comment

Previous Post Next Post

iklan