Utusan Malaysia puji kecemerlangan pentadbiran Tan Sri Khalid Ibrahim

‎SUATU masa dahulu, Tan Sri Khalid Ibrahim menjadi bahan kutukan media milik Umno, Utusan Malaysia setiap hari. Siang malam pagi petang, Tan Sri Khalid dikutuk oleh akhbar itu sebagai menteri besar yang lemah, tidak bagus dan lain-lain.

Namun selepas tidak lagi memegang jawatan, dan dilihat sudah 'bergesel' dengan Parti Keadilan Rakyat,  KEADILAN, tiba-tiba mantan Menteri Besar Selangor itu dapat pujian dan pengiktirafan kecemerlangan pentadbirannya dari akhbar yang dulu merupakan 'musuh ketat'.


Aku belajar satu perkara di sini. Dalam strategi politik dan propaganda media Umno, seseorang yang satu masa dahulu 'musuh ketat' dan dikutuk sebagai pemimpin lemah boleh diangkat menjadi 'hero' dan tiba-tiba pentadbirannya dahulu diakui sebagai cemerlang jika sanggup menentang KEADILAN. ‎

Bukan itu sahaja, malah Tan Sri Khalid dicadangkan untuk menjadi Menteri Besar Selangor jika PAS dan BN boleh bersama membentuk kerajaan perpaduan di Negeri Selangor. 

Syarat untuk jadi menteri besar cemerlang di mata Umno, bukanlah berkhidmat kepada rakyat, tetapi mestilah menentang KEADILAN.

"Propaganda membodohkan rakyat..."‎

Post a Comment

Previous Post Next Post

iklan