Harga minyak turun RM0.20 sempena Hari Raya Aidilfitri

KUALA LUMPUR: Peningkatan harga minyak baru-baru ini sangat membebankan rakyat kata Dato Seri Najib Tun Razak ketika dihubungi di Putrajaya.

Menyedari kesusahan rakyat memandangkan kenaikan harga minyak membawa kesan teruk kepada kenaikan harga barang-barang yang lain, satu langkah penyelesaian serta merta dilaksanakan oleh kerajaan.

Najib turut melahirkan keperihatinannya terhadap kesusahan rakyat terbanyak, "Saya tahu, rakyat terutama golongan pendapatan rendah dan pertengahan pening kepala dengan kenaikan harga minyak".

Justeru itu kerajaan bersetuju turunkan harga minyak bagi memberikan kelegaan kepada rakyat di dalam menghadapi keadaan ekonomi yang tidak menentu.

"Kita akan serta merta turunkan harga minyak RM0.20 sebotol bagi minyak kapak, minyak geliga dan minyak Yuyi Cap Limau, supaya rakyat boleh sapu di kepala dan memberi kelegaan di saat pening kepala fikirkan masaalah kewangan" tambahnya lagi.


*Berita tipu, jangan ada yang percaya pulak

Post a Comment

Previous Post Next Post

iklan