Laporan WSJ, benarkah Najib terlalu bodoh?

SEJAK heboh laporan dari sumber berita berpengaruh antarabangsa, Wall Street Journal, WSJ mendakwa sejumlah RM2.67 billion (USD700 juta)‎ wang 1MDB dipindahkan ke akaun peribadi milik Perdana Menteri, Najib Tun Razak pelbagai spekulasi timbul.

Kalau fikir balik, apa ke bodoh Najib rembat duit berbillion-bilion dan transfer ke akaun peribadi nama dia sedangkan banyak cara untuk rembat duit secara senyap? 

Adakah Najib kena sabotaj? Adakah benar telahan Najib Razak bahawa Dr Mahathir di belakang laporan Wall Street Journal‎, WSJ untuk menjatuhkannya dari kerusi Perdana Menteri Malaysia?

Adakah Najib saja guna taktik 'pemikiran luar kotak' merembat duit secara terang-terangan supaya lebih sukar dikesan?

Adakah ada taktik tertentu dirancang oleh Najib sendiri, sebab sebelum ini dia awal-awal dah beritahu jangan percaya dengan laporan berita di internet. ‎

Pemboleh ubah terakhir yang perlu difikirkan jika semua kemungkinan di atas meleset ialah, adakah memang Najib terlalu bodoh?

Post a Comment

Previous Post Next Post

iklan