Lelaki penghina Rasulullah dijaja untuk selamatkan Najib?

‎SEMALAM tersebar sebuah video berbentuk pengakuan seorang lelaki bernama Lester Melanyi yang dilihat cuba menyelamatkan syarikat kontroversi 1MDB dan Najib Razak.

Bagaimanapun, lelaki tersebut sebelum ini dikatakan pernah mencetuskan kontroversi menghina Rasulullah sebagai pengganas.

Melalui akaun twitter miliknya, Ahli Parlimen KEADILAN, Rafizi Ramli mempersoalkan tindakan Pengarah Komunikasi Strategik Barisan Nasional, Abdul Rahman Dahalan menggunakan 'penghina Rasulullah' untuk membodek Perdana Menteri, Najib Tun Razak.

‎Begitu terdesak nampaknya BN, sampaikan orang yang tiada kredibiliti seperti Lester Melanyi pun sanggup digunakan untuk menyelamatkan ketua mereka.

"Bila orang sudah sakit‎, tahi kambing pun sanggup dimakan kerana percaya ia boleh menyembuhkan"

Post a Comment

Previous Post Next Post

iklan