Thursday

Fitnah ulangan terhadap #Bersih4


SEBELUM ini Himpunan Bersih yang menuntut pilihanraya bebas dan adil, tiba-tiba digelar sebagai himpunan penyokong LGBT dan kebebasan seksual oleh media-media kawalan kerajaan Barang Naik. Tujuannya dapat kita fahami — untuk memperbodoh dan mengelirukan orang kampung yang tiada atau kurang akses kepada internet dan media baru.

Nampaknya fitnah itu cuba diulangi sekali lagi ‎apabila sebuah banner provokasi berunsur fitnah menggambarkan Bersih 4 sebagai memperjuangkan kebebasan seksual dan LGBT telah dijumpai dipasang di sekitar Meru dalam Parlimen Kapar. Ahli Parlimen Kapar memaklumkan perkara tersebut hari ini.

‎Menurut Ahli Parlimen Kapar, Manivanan Govin beliau bersama dengan kakitangan pejabatnya telah menemui banner tersebut pada jam 2:30 pagi tadi. Mereka mengesyaki sebuah kereta kancil dengan nombor pendaftaran PDT 6130 yang dilihat berlegar di kawasan itu ada kaitan dengan perbuatan khianat tersebut. Bagaimanapun mereka gagal mengejarnya.

"Fitnah tahap sampah, hanya machai bahalol yang percaya..."


EmoticonEmoticon